
SINONIM dengan keselesaan dan rekaan uniknya, jenama kasut dan barangan kulit premium dari Denmark, ECCO memilih Yuna sebagai wajah baharu kempen mereka di Malaysia dan Singapura.
Sifat kuat, berani, tidak gentar dan pembawa perubahan mencerminkan Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Mat Zara'ai sebagai seorang ikon yang menonjol dalam dunia seni, berkeyakinan tinggi dan cekal dalam mengubah budaya global.
Sebagai seorang pemuzik yang telah menempa nama di peringkat antarabangsa, Yuna menjadi simbolik prinsip ECCO dalam mencipta sesuatu yang bermakna dan kekal sepanjang zaman.
BACA LAGI: Berhasrat mahu 'comeback' selepas bersalin, Syasya Rizal dedah alami perubahan pada suara
ECCO Sculpted Alba 65 menampilkan sandal bertumit blok menggunakan teknologi ECCO Fluidform™ Direct PU Injection bagi memberi keselesaan sepanjang hari. — ECCO
Perjalanan Yuna dari Kuala Lumpur hingga ke pentas dunia mencerminkan komitmen ECCO dalam memperkasakan wanita dengan kasut sebagai sokongan dalam setiap langkah mereka.
Dilancarkan bersempena Hari Wanita Antarabangsa, Yuna berkongsi pandangannya tentang makna menjadi seorang ikon.
"Apa yang menjadikan seorang wanita itu ikonik adalah dengan menjadi diri sendiri. Ia kedengaran mudah, tetapi mencabar dalam dunia yang sering meletakkan wanita dalam kategori tertentu.
"Sepanjang pengalaman saya dalam industri hiburan, saya belajar bahawa menjadi ikon bukan diukur melalui pencapaian berbentuk material. Ia bermula dengan keyakinan diri dan keberanian untuk melangkah sebagai diri sendiri," kata penyanyi berusia 39 tahun itu.
Beliau menambah, ikon juga tentang berpegang kepada prinsip, mempercayai suara hati dan memahami bahawa penolakan hanyalah satu jalan ke arah yang lebih baik.
"Ikon sejati juga mengangkat wanita lain menggunakan keistimewaan mereka untuk memperkasakan orang di sekeliling mereka. Setiap wanita ialah ikon dalam cara tersendiri," ujarnya.
Sebagai sebahagian daripada kempen Icons That Last, Yuna memperkenalkan inovasi terbaharu ECCO iaitu koleksi 12-Hour Heels, termasuk ECCO Sculpted Alba 65, sandal bertumit blok yang menggunakan teknologi ECCO Fluidform™ Direct PU Injection bagi menyokong pergerakan semula jadi dan memberi keselesaan sepanjang hari.
“Kasut memainkan peranan penting bagi saya, terutamanya sebagai seorang penghibur. Bayangkan perlu berdiri di pentas selama berjam-jam atau menghadiri pelbagai acara dalam satu hari.
Koleksi terbaharu ECCO juga menawarkan kasut bertumit rendah. — ECCO
"ECCO selari dengan kepercayaan saya bahawa fesyen harus unik, menarik dan menyeronokkan, serta yang paling utama ialah berkualiti tinggi dan selesa," ujar penyanyi berasal dari Alor Setar, Kedah itu.
Beliau turut meluahkan rasa bangganya kerana dapat bekerjasama dengan ECCO, sebuah jenama yang menitikberatkan kualiti dan keselesaan dengan rangkaian kasut yang sesuai untuk setiap individu dan acara.
Koleksi musim bunga dan panas 2025 ini boleh didapati bermula 8 Mac 2025 di kedai-kedai terpilih dan laman web ECCO. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram