Marah suami sanggup beli kopi '3 in 1' untuk diri sendiri berbanding roti anak, akhirnya kesal kerana...


  • Cinta
  • Isnin, 18 Ogos 2025

Seorang isteri meluahkan hampir melepaskan amarah apabila kononnya suami tidak mengutamakan sarapan anak-anak. — Gambar hiasan/AI

KONFLIK atau perselisihan faham bagaikan menjadi lumrah dalam rumah tangga.

Tidak terlepas daripada ujian tersebut, seorang wanita berkongsi situasi yang hampir menimbulkan pergaduhan dengan suaminya.

Menerusi hantaran dimuat naiknya di akaun Threads @blindlover.thedarklove, keadaan itu berlaku ketika suaminya bertindak mengubah rutin membeli barang keperluan mereka sekeluarga.

BACA LAGI: Ini punca hubungan adik-beradik dulu bahagia makin renggang lepas ibu bapa meninggal dunia

BACA LAGI: Dulu pekerja kilang, ibu 3 anak kini tauke produk kecantikan, semuanya angkara bulu mata palsu

Situasi melibatkan wanita tersebut dan suaminya. — Gambar hiasan/AI

Wanita tersebut juga meluahkan hampir melepaskan amarahnya apabila suaminya tidak mengutamakan sarapan anak-anaknya.

"Kisahnya, dia tengah 'kering' tetapi, dapur pun 'kering' juga. Dua hingga tiga hari aku tengok macam senyap sahaja.

"Selepas beberapa hari, muka dia ceria semula. Pagi-pagi selepas hantar anak sekolah, dia belikan sarapan untuk kami berdua.

"Jarang dia belikan sarapan tapi hari tu dia beli, selepas makan, tak sempat rehat terus dia keluar lagi.

"Dekat dua jam selepas itu, dia balik bawa barang-barang dapur. Masa mengemas, aku tengok ada sayur macam-macam. Buah sejenis, ayam, ikan, beras beli 10 kilogram (kg) terus tapi bukan jenama biasa kami gunalah," tulisnya.

Menurutnya, walaupun kesemua bahan memasak dibeli, tetapi roti untuk sarapan anak-anak yang dianggap perkara utama baginya tiada.

Lebih menambah kemarahannya apabila si suami lebih memilih untuk membeli kopi segera dan pelbagai sayur untuk memenuhi keinginannya berbanding roti.

Namun, perasaan marahnya berubah selepas terbaca satu perkongsian di media sosial tentang aturan nafkah dalam keluarga.

"Aku ada terbaca hantaran Facebook iaitu suami kena dahulukan diri sendiri, barulah isteri, kemudian anak-anak, bapa suami, mak suami.

"Terasa panas muka aku selepas baca perkongsian itu. Nasiblah tadi aku tak membebel banyak sebab dia tak cukup duit nak belikan roti.

"Betullah apa dia buat, dia utamakan keperluan dia dahulu. Dia yang kerja keras dan berhak dapat apa dia nak," katanya.

Katanya, walaupun anak-anak hanya minum air kosong pada waktu pagi selama dua hingga tiga hari sebelum sarapan sebenar di sekolah, keadaan kembali seperti biasa selepas beberapa hari kemudian. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram