
DARI kanak-kanak hingga warga emas, seluruh rakyat Malaysia memainkan peranan penting dalam menunjukkan semangat patriotik menjelang sambutan Hari Kemerdekaan ke-68 pada 31 Ogos nanti.
Selari dengan tema 'Malaysia Madani: Rakyat Disantuni', inilah masa yang sesuai untuk masyarakat menyemarakkan lagi sifat kebersamaan dengan menyokong usaha terutama menerusi beberapa jenama tempatan.
Terdapat lima jenama tempatan yang tampil mengetengahkan elemen tradisional dalam produk sekali gus menyerlahkan lagi warisan budaya serta identiti Malaysia.
BACA LAGI:BCL bangga Noah pimpin upacara kemerdekaan Indonesia di sekolah, serlah sifat kepimpinan
BACA LAGI:Jangan terus simpati atau skeptikal, kenali 2 kategori wanita kerap bersendirian, tak ramai kawan
Corak batik tradisional Malaysia diserlahkan dalam setiap pakaian.— Fern
1. Fern
Ditubuhkan sejak2015,Fern antara jenama tempatan yang sentiasa mengangkat martabat keanggunan estetika reka bentuk seni fabrik batik.
Khusus dalam menghasilkan pakaian, jenama yang diasaskan oleh Fern Chua itu kini terus mengorak langkah dalam mengangkat martabat seni tradisional batik ke persada dunia.
Menggunakan bahan semula jadi dan rekaan batik handmade, setiap batik dihasilkan disesuaikan dengan gaya hidup mewah dan elegan.
Fern juga terkenal dalam menggabungkan teknik pembuatan fabrik tradisional dengan corak dan konsep kotemporari.
PurelyB dihasilkan menggunakan bahan-bahan semula jadi.— PurelyB
2. PurelyB
Diasaskan oleh Raja Jesrina Arshad, PurelyB muncul sebagai alternatifuntuk menangani masalah kesihatan jangka panjang melalui tradisi Melayu kuno dansemula jadi dan tradisional.
Bersama-sama pasukan pakar kesihatan, jenama tersebutmenghidupkan semula perubatan purba Malaysia dan menggunakan pegaga sebagai bahan utama untuk kesihatan holistik.
Selain komited terhadap amalan mampan dengan kesedaran dan penghormatan terhadap planet kita, ramuan herba yang diperoleh juga digunakan secara beretika daripada petani kecil di seluruh Malaysia, Thailand dan India.
Antara produk yang dihasilkan di MyRumahTropikal.— Instagram
3. MyRumahTropikal
Fokus menghasilkan produk hiasan dalaman rumah seperti lampu dan kraf tangan unik, MyRumahTropikal jelas melambangkan identiti klasik Malaysia.
Bukan sekadar lampu, ia juga merupakan karya seni yang dibanggakan sebagai lambang kreativiti tempatan.
Dengan gabungan corak melambangkan kepelbagaian kaum, nama produknya turut mengetengahkan keunikan budaya di Malaysia.
Elemen tradisional yang diterapkan dalam hiasan kek lapis Sarawak.— Lapis by Seri
4. Lapis by Seri
Dalam dunia kulinari, Lapis by Seri memikat pelanggan dengan kuih lapis tradisional yang dipersembahkan dalam gaya lebih kontemporari tanpa menghilangkan rasa asli turun-temurun.
Jenama yang diasaskan oleh dua anak Sarawak, Sharifah Zainon dan Karen Chai jelas dapat membuka mata dunia tentang keunikan budaya Borneo.
Setiap kek lapisnya juga menggabungkan corak danreka bentuk berstruktur serta motif hiasan tradisional Malaysia dan Asia Tenggara.
Rekaan beg Chroma yang sering menjadi rebutan ramai.— Brik
5. Brik
Dalam menyemarakkan lagi semangat kemerdekaan, suara generasi muda atau Gen Z kini mampu membawa perubahan besar dalam kemajuan negara.
Menerusi fesyen dan gayaikonik, Brik antara jenama tempatanyang bukan sahaja tampil dengan rekaan berkualiti, tetapi mempamerkan gaya segar dantrending.
Selain bermain dengan warna terang dan berani, jenama yang diasaskanoleh duo adik-beradik, Sabrina dan Syakira, Brik turut mampu memasuki pasaran antarabangsa iaitu sehingga ke Indonesia. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram