Jambatan Galata 'port' ikonik pasangan pengantin rakam foto romantis, ditemani cahaya matahari terbenam


  • Cinta
  • Isnin, 18 Ogos 2025

Pasangan pengantin bergambar di Jambatan Galata, Istanbul semasa 'golder hour'. — Gambar/apnews.com

JAMBATAN Galata yang bersejarah di Istanbul, Turkiye bukan sahaja menjadi mercu tanda ikonik, malah kini muncul sebagai lokasi pilihan utama pasangan pengantin untuk merakam detik istimewa perkahwinan mereka.

Pelantar konkrit di bawah jambatan yang menghadap perairan Tanduk Emas itu kelihatan sepi pada siang hari, namun berubah wajah menjelang senja apabila matahari terbenam memancarkan cahaya keemasan digelar golden hour.

Cahaya semula jadi itu menjadikan suasana sekitar penuh romantis, apatah lagi dengan latar belakang Menara Galata dan Masjid Suleymaniye yang tersergam indah.

BACA LAGI: Anak tak fasih cakap Melayu? Wanita ini bangga ajar anak berbahasa Malaysia setiap hari walaupun tinggal di Dubai

BACA LAGI: 'Tak semua anak yang anxious, kelam kabut, tak reti duduk diam itu ADHD', pakar optometris dedah masalah sebenar anak 9 tahun ini

Jurugambar menyifatkannya sebagai sudut terbaik untuk merakam foto perkahwinan yang abadi.

Lazimnya, selepas akad nikah jurugambar akan membawa pasangan pengantin bagi merakam foto dalam suasana matahari terbenam. — apnews.com

Bagi bakal pengantin, Semih Aydin, memori di bawah Jambatan Galata bukan sekadar gambar, sebaliknya simbol cinta yang akan kekal sepanjang hayat.

“Tiada tempat seindah Istanbul. Kami mahu gambar ini menjadi kenangan yang mahu kami simpan untuk ditunjukkan kepada anak-anak kami nanti

“Saya pernah ke London dan Barcelona, tetapi tiada tempat seindah Istanbul," kata Semih Aydin yang hadir bersama tunangnya, Elif Yuksel.

Bagi pasangan pengantin baharu, Hasret Yilmaz Ucucu pula, pengalaman itu lebih bermakna selepas selesainya majlis perkahwinan. 

“Jurugambar membawa kami ke sini sebaik sahaja selesai akad. Saya rasa sangat teruja kerana momen indah ini dirakam dalam suasana matahari terbenam,” ujarnya.

Fenomena itu menjadikan Jambatan Galata bukan sekadar saksi sejarah kota Istanbul, tetapi turut menjadi simbol cinta moden yang terabadikan dalam potret generasi hari ini. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram