
PEREKA dalaman terkenal, Mandy Cheng, mengambil masa untuk menyiapkan rumah baharunya di Los Angeles, Amerika Syarikat kerana memilih perabot, kemasan dan aksesori satu demi satu.
Perabot-perabot tersebut akan dibeli selepas barangan itu benar-benar menambat hatinya dan sesuai untuk ditunjukkan kepada klien.
Mandy, 43, tinggal bersama suaminya, Rory Reynolds, 42, seorang arkitek membeli rumah itu pada 2022 lalu melakukan renovasi asas sehingga cukup selesa untuk didiami.
BACA LAGI: Hanis Zalikha, Neelofa contoh ibu muda bijak, kongsi info bermanfaat, lindungi anak di media sosial
BACA LAGI: Reka bentuk hentian bas Jalan Ampang menarik di mata tapi kurang praktikal buat pengguna
Beberapa bulan selepas berpindah, masih ada bilik kosong malah, dapur juga belum siap.
"Saya buat perlahan-lahan, satu bilik pada satu masa.
"Banyak pilihan yang saya buat sebenarnya untuk tujuan 'research'. Saya mahu uji sendiri produk yang saya suka.
"Ia supaya bila cadangkan pada klien, saya boleh kata 'saya guna di rumah saya sendiri'," katanya.
Salah satu ruang yang paling mencerminkan falsafah itu ialah bilik media (studio) di ruang bawah tanah yang turut mempunyai bar untuk melayan tetamu.
Ia perlu kelihatan bergaya, selesa untuk bersantai setiap hari, tahan lasak untuk fungsi dalam-luar rumah dan cukup fleksibel untuk menerima tetamu bermalam.
Berikut antara pilihan Mandy yang mencipta suasana 'cozy' dan mewah di ruang tersebut:
Sentuhan murah, kesan besar
Portal runner Block Shop – RM725
Permaidani 'runner' itu menjadi cara mudah untuk menaikkan seri lantai berjubin.
Mandy memilih rekaan kapas dengan corak geometri biru yang dipadankan dengan kabinet bar berwarna biru diraja.
"Saiz kecil macam ini hampir jadi macam karya seni di lantai," katanya.
Ia juga cukup mampu milik untuk ditukar bila-bila masa kerana Block Shop sering melancarkan corak dan warna baharu, menjadikannya pilihan segar setiap kali.
Permaidani 'runner' menjadi cara mudah untuk menaikkan seri lantai berjubin.
Pelaburan mewah
Lampu dinding Carla Baz – RM14,040
Ternyata Mandy jatuh hati pada lampu dinding reka bentuk pereka dari Beirut, Carla Baz.
Baginya, lampu itu ibarat arca seni dengan kemasan verdigris yang mengingatkannya pada logam patina di New Orleans, serta tekstur seperti permukaan bulan.
Dengan siling bilik media setinggi hanya tujuh kaki, Mandy mengelak lampu siling besar yang boleh terkena kepala tetamu.
Lampu dinding itu pula, setinggi lebih 2.5 kaki, menjadi 'statement piece' yang berani walaupun ruangnya rendah.
Untuk melengkapkan suasana, Mandy menggunakan 'grass cloth' bukan hanya pada dinding tetapi juga siling, mewujudkan ruang yang 'cozy yet luxe.'
Mandy menggunakan 'grass cloth' bukan hanya pada dinding tetapi juga siling, mewujudkan ruang yang 'cozy yet luxe.'
Unik dan 'custom-made'
Sofa tidur Sherwood – RM44,928
Mandy mahukan sofa tidur untuk tetamu bermalam, tetapi tidak mahu rupa tipikal yang berat dan kaku.
Beliau bekerjasama dengan Clad Home untuk menghasilkan versi tersendiri berdasarkan model Sherwood, rekaan pereka Sarah Sherman Samuel.
Pilihan fabriknya ialah Crypton chenille warna coklat dengan jalur paip oren, tahan kotoran.
Panjang sofa dibuat lebih 11 kaki agar padan sempurna dengan bilik dan mekanisme dalamannya diubah suai untuk memuatkan tilam saiz king sesuatu yang jarang ada pada sofa tidur.
Apabila kusyen duduknya tiba dan terasa terlalu padat, Clad Home menghantar wakil untuk mengurangkan isian sehingga mencapai tahap 'sink-in' yang diingini Mandy.
"Ia memang pelaburan besar bila buat sofa tempahan khas.
"Tapi ia berbaloi 100 peratus," jelas Mandy
Mandy jatuh hati pada lampu dinding reka bentuk pereka dari Beirut, Carla Baz.
Renovasi Mandy mungkin mengambil masa, tetapi hasilnya adalah ruang bawha tanah yang selesa, mewah dan penuh dengan pilihan bijak.
Ia merupakan gabungan gaya, fungsi dan sentuhan peribadi yang memberi inspirasi kepada sesiapa yang ingin menaik taraf rumah secara perlahan tetapi jadi. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram