Kasih abah dalam setiap 'scroll', media sosial jadi jambatan pantau anak dari jauh


  • Cinta
  • Khamis, 14 Ogos 2025

Kasih seorang ayah, memerhati dari jauh melalui setiap 'scroll' dan komen di media sosial. — Gambar hiasan/AI

MEDIA sosial kini bukan sekadar platform hiburan, malah menjadi medium penting bagi ibu bapa memantau keberadaan dan aktiviti anak-anak dewasa, terutamanya dalam dunia moden yang terdedah kepada pelbagai pengaruh tidak sihat.

Satu ‘like’, komen atau mesej ringkas sudah cukup menjadi tanda mereka prihatin dan ingin memastikan anak berada dalam keadaan selamat.

Begitulah perkongisan Miss Zahida, yang mendedahkan cara comel bapanya memerhati dari jauh.

BACA LAGI: [VIDEO] Trend tanaman air, hiasan ringkas untuk udara lebih sihat di rumah

BACA LAGI: Hanis Zalikha, Neelofa contoh ibu muda bijak, kongsi info bermanfaat, lindungi anak di media sosial

Ia bukanlah dengan soalan panjang lebar, tetapi melalui 'scroll' media sosial dengan penuh kasih sayang dan perhatian.

Perkongsian Zahida di Threads itu, mencuit hati ramai apabila menceritakan cara bapanya bertanya khabar ataupun mengambil berat tentang dirinya.

Abahnya, yang berusia 66 tahun, menghantar mesej bertanya sama ada dia habis makan burger yang muncul dalam video TikTok miliknya.

"Terima kasih Abah, nampak simple sahaja, tapi kakak tahu itu cara Abah pastikan kakak ok,” tulisnya.

Meskipun bapanya tidak tahu cara menggunakan Threads, platform seperti Facebook, Instagram dan TikTok sudah menjadi medan utamanya.

Zahida berkata, dia sendiri yang mengajar bapanya bermain media sosial kerana rajin mengemas kini status dan 'story', supaya abahnya tahu apa aktiviti yang dilakukan walaupun berjauhan.

Kadangkala bapanya meninggalkan komen, seperti membalas 'story' dan ada masa hanya melihat dalam diam.

Namun begitu Zahida tahu, semua itu adalah tanda prihatin seorang ayah.

Kisah itu membuktikan media sosial bukan sekadar hiburan, tetapi juga boleh menjadi radar kasih sayang ibu bapa kepada anak dewasa.

Dalam dunia yang serba sibuk, satu 'like' atau komen ringkas daripada ibu bapa sudah cukup untuk membuatkan anak berasa diperhatikan dan dihargai.

Perkongsian Zahida ternyata membangkitkan pelbagai emosi dalam kalangan warga Threads.

Ada yang tersenyum melihat gelagat comel seorang ayah yang sanggup 'scroll' TikTok demi memerhati anaknya dan ada juga yang sebak mengingatkan kasih sayang yang telah tiada.

Pengguna @foxcold_23 menulis ringkas tetapi penuh makna: "Terharunya... hargailah mereka selagi masih ada ya", seolah mengingatkan semua bahawa setiap mesej dan komen daripada ibu bapa adalah satu nikmat yang tidak ternilai.

Sementara itu, @mhmdhfzbmhmmd jelas kagum dengan sifat prihatin ayah Zahida berkata: "Abah is very cute by the way kakak is okay?" satu soalan yang mencampur aduk antara pujian dan rasa ingin tahu tentang keadaan Zahida sendiri.

Namun, komen daripada @zoroo1996 membawa suasana yang lebih pilu: "Reply ya selagi dia masih boleh WhatsApp kita. Saya dah tak ada semua ini."

Luahan yang membuat ramai sedar bahawa tidak semua orang masih berpeluang menerima mesej atau panggilan daripada insan bergelar ayah. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram