
POLIS menumpaskan sindiket penipuan cinta (love scam) dengan menahan tiga lelaki warga Nigeria dan seorang wanita warga Indonesia dalam serbuan di sebuah kondominium di Klebang, Melaka pada Selasa.
Ketua Polis Melaka, Deputi Komisioner Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, kesemua suspek berusia antara 39 hingga 47 tahun itu ditahan dalam operasi berasingan di tiga unit kediaman yang disewa pada Selasa.
“Siasatan awal mendapati sindiket ini beroperasi sejak enam bulan lalu dengan menyasarkan mangsa di Indonesia, Filipina dan Malaysia,” katanya pada sidang media di Melaka pada Rabu.
BACA LAGI: [VIDEO] Busana putih, solekan natural serlah seri pengantin 'puteri' kesayangan Tiara Jacquelina
Beliau berkata, kesemua suspek dipercayai masuk dan tinggal di negara ini menggunakan pas pelajar yang disalahgunakan.
Siasatan lanjut mendapati mereka menggunakan identiti palsu di media sosial untuk memperdaya mangsa memindahkan wang ke akaun dompet elektronik yang dikawal sindiket.
Dalam serbuan itu, polis turut merampas dua komputer riba, lapan telefon bimbit dan sebuah pemacu pena bernilai kira-kira RM15,000.
Keempat-empat suspek kini direman 14 hari bagi membantu siasatan. — The Star/ M.ESSHWER
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram