[VIDEO] Fattah, Amira berhujan, gigil kesejukan jalani 'shooting' di New Zealand


  • Gaya
  • Rabu, 13 Ogos 2025

Amira (kiri) dan Fattah menjalani sesi penggambaran koleksi fesyen Amber Eksklusif Casual Wear di New Zealand.

KEADAAN hujan dan suhu sejuk di New Zealand bukan halangan buat barisan duta Amber Eksklusif Casual Wear menjayakan penggambaran koleksi baharu jenama itu, Somewhere Somehow Someone.

Koleksi premium di bawah jenama Usanita Sdn. Bhd., itu menampilkan tujuh rekaan baharu dengan elemen moden kontemporari, fabrik berkualiti tinggi dan sentuhan eksklusif bagi menyerlahkan gaya kasual mewah.

Salah seorang duta, Fattah Amin, mengakui pengalaman penggambaran kali ini cukup mencabar.

“Pertama kali menjalani penggambaran di New Zealand. Biasanya kalau hujan, penggambaran akan dihentikan, tetapi kali ini kami teruskan walaupun basah,” katanya kepada Majoriti.

BACA LAGI: [VIDEO] Pesona perkahwinan diraja anak saudara Sultan Perak, pasangan mempelai segak, anggun gayakan persalinan songket kuning keemasan

BACA LAGI: [VIDEO] 'Sembilan tahun jaga ibu strok, tapi aku tak pernah rasa sendirian', suami sanggup dukung ibu mentua penuh kasih sayang

Bagi Amira Othman pula, penggambaran tersebut menguji ketahanan fizikal apabila terpaksa beraksi dalam keadaan menggigil.

“Inner yang saya pakai pun basah. Suhu sejuk membuatkan badan kebas, namun hasil akhirnya memang memuaskan,” katanya.

Turut menjadi duta ialah Nora Danish yang sudah tiga kali bekerjasama dengan Amber.

“Rekaan kali ini sesuai untuk wanita yang mahu tampil bergaya mengikut trend, tetapi masih menutup aurat,” katanya.

Adzliana (tiga dari kiri) bersama barisan duta Amber Eksklusif Casual Wear terdiri daripada Fattah (kiri), Hael (dua dari kiri), Nora (kanan), Amira dan Dayang Nurfaizah. 

Selain tiga selebriti tersebut, kempen ini turut menampilkan dua nama besar industri hiburan, Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah.

Pelantikan Dayang mencatat sejarah kerana ini kali pertama beliau bersetuju menjadi wajah rasmi bagi sebuah jenama tempatan.

Ketua Pegawai Eksekutif Usanita, Datuk Adzliana Hasan berkata, kesemua duta dipilih kerana personaliti dan imej mereka seiring dengan DNA Amber.

“Mereka bukan sekadar ikon hiburan, tetapi simbol gaya, karisma dan pencapaian yang mencerminkan aspirasi fesyen kami,” katanya.

Tujuh rekaan dalam koleksi Somewhere Somehow Someone terdiri daripada Zip Up Scuba Collar Sweater, A-Line Scuba Skirt, Short Sleeve Polo Shirt, Cascade Short Jacket, Knit Cardigan, Side Pleated Skirt dan Easy Trench Coat.

Untuk rekod, koleksi itu akan dipasarkan secara terhad di butik Amber di Wangsa Walk Mall, butik flagship di Shangri-La Hotel Kuala Lumpur, Kuala Lumpur serta menerusi atas talian. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram