[VIDEO] Suami hadiahkan Paris Hilton pesawat Gulfstream G450 Sliv Air tema merah jambu, ada pawagam 4K, sain ‘Paris xoxo’


  • Cinta
  • Jumaat, 08 Ogos 2025

Paris Hilton menyambut ulang tahun ke-43 dengan sebuah jet peribadi Gulfstream G450 yang diubah sepenuhnya menjadi Barbie Pink.

SELEBRITI dan usahawan terkenal, Paris Hilton menyambut ulang tahun ke-43 dengan hadiah berupa sebuah jet peribadi Gulfstream G450 yang diubah bertemakan Barbie Pink dan lengkap dengan gaya mewah melambangkan personalitinya.

Hadiah daripada suaminya, Carter Reum itu dikatakan mengambil masa setahun untuk menukar pesawat menjadi sebuah 'istana terbang' penuh dengan sentuhan glamor, warna merah jambu dari hujung sayap hingga ke tempat duduk.

Bahagian luar pesawat itu cukup menonjol. Seluruh permukaannya dilitupi warna merah jambu terang dengan hiasan inisial PH, slogan That’s hot pada ekor, tulisan Sliv Air di bahagian bawah dan tandatangan ‘Paris xoxo’. 

BACA LAGI: 'Sabar agar marah tidak menyakiti, lidah tidak menghina', 2 nilai ini perlu ada sebelum melangkah ke alam rumah tangga

BACA LAGI: [VIDEO] Bekas suami meninggal dunia dalam tempoh iddah, bekas isteri layak terima harta pusaka? Ini penjelasan peguam syarie

Kod pendaftaran N11PH pula direka khas sebagai rujukan kepada namanya.

Bahagian dalamnya juga tidak kurang memukau. Kabin sepanjang 45 kaki itu mempunyai siling setinggi 6 kaki 2 inci, karpet berkilau, pencahayaan tujuh tona merah jambu dan corak burung kolibri di siling. 

Tempat duduk kulit Aeristo lengkap dengan jalur merah jambu dan logo khas memberikan sentuhan eksklusif, manakala kerusi khas Paris pula disulam namanya, menyerupai takhta diraja.

Setiap butiran disusun rapi iaitu gelas champagne berbentuk hati, set pinggan mangkuk dan kristal eksklusif, katil anjing merah jambu untuk Chihuahua kesayangannya, Prince Tokyo Gizmo Hilton serta peti sejuk berisi masker mata sejuk jenama Parisié Beauty miliknya.

Sliv Air juga dilengkapi pawagam peribadi 4K, sistem avionik Honeywell, internet Starlink dan kawalan skrin sesentuh untuk mengurus pencahayaan serta hiburan. 

Tetamu disambut dengan rakaman suara Paris, “Setiap tempat duduk adalah kelas pertama dan suasananya sentiasa sempurna… tiada yang lebih ikonik daripada ini.”

Walaupun lebih kecil berbanding jet milik Kim Kardashian, Cristiano Ronaldo, Michael Jordan atau Justin Bieber, Sliv Air jelas mengatasi dari segi gaya dan keunikan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram