Bapa siasat latar belakang calon menantu, akhirnya terbongkar lelaki itu...


  • Bonda
  • Isnin, 11 Ogos 2025

Setiap calon menantu perlu diselidik latar belakangnya sebelum meneruskan perkahwinan. — Gambar hiasan

MEMBESARKAN anak merupakan antara tanggungjawab besar bagi golongan ibu dan bapa.

Tanggungjawab itu bukan sahaja memastikan anak membesar sebagai insan berakhlak mulia, tetapi melibatkan peranan dalam menentukan pasangan hidup yang terbaik untuk mereka.

Justeru, tindakan tegas seorang bapa memainkan peranan besar dalam menapis calon menantu terutama bagi anak perempuan.

BACA LAGI: Rawatan wajah, badan di Mandara Spa ideal buat para ibu 'healing', rehatkan minda seketika

BACA LAGI: Rico Rinaldi kini fokus jual koleksi beg tangan, enggan 'brand' hidup sekadar trend

Young men and older men fighting

Bapa memainkan peranan besar dalam menentukan pasangan hidup anak mereka. — Gambar hiasan

Situasi tersebut juga sedang hangat dibincangkan dalam kalangan warga maya di media sosial.

Terdapat juga beberapa kisah yang dikongsikan rata-rata pengguna akaun di aplikasi Threads.

"Ada seorang ayah ini dia batalkan pernikahan anak perempuannya selepas siasat latar belakang bakal menantu di kampung lelaki itu.

"Orang kampung bagitahu budak lelaki itu penagih dadah. Terus batal buat menantu.

"Alhamdulillah terselamatlah anak perempuan dia. Good job ayah," tulis @ezzahzaharin.

Seorang lagi pengguna turut berkongsi pengalaman berdepan dengan situasi yang sama.

Menurut pemilik akaun @jaja_m1z, pemilihan calon suami yang direstui bapa dapat menjamin kebahagiaan rumah tangga.

"Masa umur 19 hingga 20 tahun ramai kawan lelaki yang suka kita datang beraya ke rumah sebab kita ada ibu bapa tegas tak boleh keluar sesuka hati.

"Setiap kali ada lelaki datang, ayah akan cakap 'ayah tak suka yang ini. Jangan kawan dah' kemudian suami datang, ayah sangat berkenan.

"Alhamdulillah mata ayah memang betul. Percayalah ibu bapa anda terutama ayah. Mata mereka macam kanta," tulisnya.

Situasi tersebut jelas menunjukkan kepentingan peranan bapa dalam menilai dan melindungi masa depan anak melalui penapisan latar belakang calon pasangan mereka.

"Bapa yang cerdik akan siasat latar belakang bakal menantu dahulu," sokong @haida.mr. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram