
SEMERBAK aroma herba menerpa tatkala kaki melangkah masuk ke dalam Mandara Spa di DoubleTree by Hilton, Putrajaya.
Suasana ruangannya yang mewah dengan elemen tradisi Bali, Indonesia, sesuai buat mereka mencari ketenangan jiwa dan minda.
Bukan sekadar aktiviti santai, memanjakan diri di spa juga antara bentuk terapi atau penjagaan diri dalam menyeimbangkan kesihatan fizikal dan mental.
BACA LAGI: Romantiknya...Ameera, kakak, Sharnaaz 'terbang' ke Jakarta, beri sokongan kekasih lawan tinju
Setiap rawatan ditawarkan termasuk pakej yang tersedia di Mandara Spa.
Di Mandara Spa, sebanyak 10 jenis rawatan termasuk urutan badan, kaki, kepala dan penjagaan wajah disediakan kepada para pengunjung.
Antara tarikan utama adalah dua jenis urutan khas iaitu Mandara dan Bali.
Menariknya, urutan itu juga sesuai bagi lelaki dan wanita manakala rawatan wajah disyorkan untuk golongan ibu.
Urutan badan tidak disarankan bagi wanita hamil kerana tekniknya yang digunakan tidak sesuai untuk keadaan tersebut.
Selain rawatan, Mandara Spa turut menawarkan produk penjagaan diri semula jadi.
Di samping itu, Mandara Spa turut menawarkan empat jenis minyak urut istimewa seperti Mandara, Spice, Glow dan Calm.
Kesemuanya diformulasi khusus untuk keperluan tubuh badan pelanggan.
1. Minyak mandara
Sesuai untuk semua jenis kulit, berasaskan tumbuh-tumbuhan seperti patchouli atau pokok nilam dan kayu cendana.
2. Minyak spice
Sesuai untuk otot yang letih, diperbuat daripada minyak pati cengkih, halia dan buah pala.
Ia bagaimanapun tidak digalakkan untuk individu yang memiliki kulit kering.
Empat jenis minyak yang digunakan untuk urutan badan.
3. Minyak glow
Membantu menyeimbangan tubuh dan peredaran darah dengan aroma lavender daripada campuran limau bergamot, mandarin dan lavender.
4. Minyal calm
Direka untuk membantu menenangkan dan mengurangkan tekanan dan ia berasaskan minyak pati vetiver (akar wangi) dan pokok kenanga.
Bagi anda yang mempunyai masalah sukar tidur atau memerlukan ketenangan, gabungan minyak calm dan glow sememangnya menjadi pilihan tepat.
Rawatan urutan turut seseuai bagi pengunjung yang keletihan selepas melakukan aktiviti lasak atau melancong seharian.
Teh herba diberikan kepada setiap pengunjung sebelum memulakan rawatan.
Selain memberi kelegaan fizikal, Mandara Spa juga menawarkan pengalaman merasai ritual tradisional masyarakat Bali.
Pengunjung akan disediakan teh herba dengan campuran halia sambil menikmati rangkaian produk penjagaan kulit semula jadi Mandara Spa daripada pencuci, pelembab muka sehingga terapi wajah.
Rawatan wajah ditawarkan juga meliputi mandian terapeutik yang membantu membuang sel kulit mati, toksin, melancarkan peredaran darah serta meredakan kesakitan sendi dan otot. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram