Kecewa sikap saudara-mara 'melantak' lauk kenduri akikah sampai licin, tak ingat orang belakang


  • Bonda
  • Selasa, 12 Ogos 2025

Lauk-pauk yang disediakan habis dibungkus tetamu sebelum tuan rumah sempat menjamah.

MAJLIS akikah yang sepatutnya menjadi momen penuh kesyukuran bertukar menjadi pengalaman pahit bagi seorang wanita apabila segelintir ahli keluarga sebelah ayahnya bertindak membungkus lauk-pauk kenduri sehingga habis, meskipun tuan rumah sendiri tidak sempat menjamah.

Dalam hantaran di laman Threads, seorang wanita, Marcellina mengimbau kejadian pada Ahad lepas ketika beliau dan ibunya berkongsi perbelanjaan bagi menganjurkan majlis akikah untuk anaknya dan adiknya.

“Alhamdulillah majlis berjalan lancar, ramai puji makanan sedap. Tapi bila majlis nak tamat, ribut dan hujan lebat datang, kami sibuk kemas kerusi, meja dan dekorasi yang hampir runtuh.

"Masa tu, adik-beradik ayah saya sibuk bungkus lauk dan nasi untuk diri sendiri. Langsung tak fikir tuan rumah belum makan,” luahnya.

BACA LAGI: Ingat ya isteri bukan 'maid', sebelum kahwin belajar buat kerja rumah

BACA LAGI: [VIDEO] Pesona perkahwinan diraja anak saudara Sultan Perak, pasangan mempelai segak, anggun gayakan persalinan songket kuning keemasan

Marcellina berkata, sejak pagi beliau, ibunya dan suami tidak menjamah apa-apa kerana mengurus majlis. 

Namun, sebaik keadaan reda, mereka hanya sempat merasa dua suap nasi hasil daging kambing akikah yang ‘disorok’ ibunya agar tidak diambil tetamu.

“Kami yang bayar, kami tuan rumah, tapi kena sorok makanan macam mencuri. 

"Mereka sudah bungkus lauk sampai habis, periuk besar-besar mereka tinggal untuk kami basuh. Sos, kicap, minyak cili homemade, kerepek, air mineral dan tisu yang disediakan pun mereka ambil. 

"Goodies beg pun lesap sampai keluarga belah mak dan mentua saya tak dapat langsung,” katanya.

Tambahnya, sikap tamak itu membuatkan ibunya serik untuk mengadakan kenduri lagi kerana sebagai satu keluarga 

Luahan tersebut mengundang ratusan komen daripada warganet yang bersimpati dan turut berkongsi pengalaman hampir sama.

Warga maya, Fatinnatasya berkata, neneknya pernah mengalami nasib yang sama. 

"Adik beradik atuk tapau makanan sampai lauk tetamu lain nak makan habis. Nenek dah tahu perangai mereka jadi nenek tak sediakan plastik walaupun mereka minta, tetapi rupanya ada yang bawak plastik dari rumah.

"Teruk gila perangai orang macam ni, kenapa nak kena bungkus makanan kalau tuan rumah tak izinkan eh? Ingat berkat ke makan makanan tu," katanya. 

Seorang lagi pengguna, Iftirahbey mengingatkan agar tetamu memiliki adab ketika bertandang di rumah orang.

“Ambil makanan tanpa izin tuan rumah adalah haram, walaupun keluarga sendiri. Pergi majlis makan sekadar alas perut, bukan kenyang sandar," katanya. 

Manakala, Ubisetela pula menasihatkan supaya tuan rumah berani menegur tetamu yang melampaui batas.

“Sekarang zaman kena tahu boundary masing-masing. Kalau ada yang tak reti bahasa, kena bagi bahasa yang betul supaya mereka faham,” katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram