
PENATA gaya selebriti, Abu Shaef Hamza kembali ke pentas Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) 2025 pada hari kedua terakhir acara itu dengan koleksi terbaharunya, Jaan.
Koleksi tersebut mengangkat tema kehidupan, kehilangan dan legasi dengan inspirasi daripada budaya India serta warisan sebelah bapanya.
Abu yang pernah bekerja dengan pelbagai figura terkenal menggalas peranan sebagai Pengarah Kreatif bagi projek terlibat.
BACA LAGI: Kecewa sikap saudara-mara 'melantak' lauk kenduri akikah sampai licin, tak ingat orang belakang
BACA LAGI: 'Stroller' reka bentuk, inovasi pintar gaya Belanda, penuhi kelengkapan keluarga moden
Antara koleksi yang diperkenalkan menerusi Jaan di KLFW 2025.
Jaan dihasilkan melalui kerjasama dengan pereka fesyen, Bahadur Couture dan penata gaya, Yogash Global. Gabungan kepakaran ini membentuk persembahan fesyen yang terancang dari segi visual dan penceritaan.
Acara dimulakan dengan lagu Angkat nyanyian Mimifly yang membuka pentas kepada rangkaian rekaan berwarna hitam. Tona ini melambangkan kematian, masa lalu dan kesedihan.
Potongan rekaan hitam tersebut menonjolkan bentuk yang tersusun dan kukuh, mewakili ketegasan serta pengakhiran yang muktamad.
Perjalanan koleksi kemudian beralih kepada tona putih dan krim, diikuti warna-warna ceria yang sinonim dengan suasana perkahwinan (shaadi) dan adat tradisi masyarakat India.
Persembahan ini turut diselitkan tarian klasik Bharatanatyam yang menambah nilai budaya dan menjadi pelengkap kepada rekaan yang dipamerkan.
Mimifly ketika di belakang pentas KLFW 2025.
Segmen seterusnya membawa penonton ke arah rekaan futuristik dengan potongan kemas, fabrik mengalir dan teknik draping moden.
Rekaan ini menggunakan teknik pembuatan yang inovatif untuk menampilkan imej kelahiran semula dan pembaharuan, menggambarkan visi masa depan yang berasaskan pengalaman lalu dan realiti masa kini.
Persembahan diakhiri dengan gabungan warna terang yang melambangkan harapan sebagai tanda kesinambungan legasi
enutup ini dirancang bukan sekadar untuk menamatkan acara, tetapi untuk memberi mesej bahawa warisan akan terus hidup melalui generasi seterusnya.
“jaan adalah koleksi peribadi yang menggabungkan cinta dan kehidupan, menjadi penghormatan kepada warisan dan legasi, diolah semula untuk semua pencinta fesyen,” kata Abu yang membuat penampilan ketiga berturut-turut di KLFW. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram