
ORIENTASI Nilai Sosial (Social Value Orientation - SVO) merujuk kepada kecenderungan seseorang dalam memilih hasil atau keputusan yang memberi manfaat kepada diri sendiri, orang lain atau kumpulan.
Kajian menunjukkan bahawa SVO lebih dipengaruhi oleh cara kita dibesarkan berbanding faktor genetik.
Nilai sosial seseorang biasanya diukur melalui kesan yang mereka beri kepada orang lain.
Jadi, untuk menjadi individu yang dihargai oleh orang sekeliling, kemahiran sosial yang baik sangat penting.
Tindakan membeli sesuatu yang digemari oleh orang sekeliling antara tanda menunjukkan anda sebenarnya seorang yang prihatin terhadap perkara-perkara penting. — Gambar hiasan/Freepik
Berikut adalah empat tabiat kecil yang boleh membuat orang terus mengagumi anda, menurut pakar:
1. Bersikap ingin tahu
Orang ramai sangat menghargai mereka yang benar-benar ingin mengenali mereka.
Dalam situasi sosial, orang akan lebih berminat terhadap anda apabila anda betul-betul mahu tahu tentang mereka.
Bertanya soalan dan menunjukkan minat terhadap jawapan mereka akan membezakan anda daripada orang lain.
Ramai orang terlalu banyak bercakap tentang diri sendiri seolah-olah orang lain hanya hadir untuk mendengar.
Kita boleh belajar banyak perkara jika kita mendengar dengan rasa ingin tahu yang ikhlas.
2. Ingat perkara-perkara penting tentang orang lain
Mempunyai ingatan yang baik walaupun sedikit, boleh membuatkan anda lebih dihargai.
Ingat apa yang mereka suka, apa yang mereka risaukan dan tunjukkan bahawa anda seorang yang prihatin.
Apabila berkongsi maklumat, pastikan ia tepat dan berguna. Elakkan beri nasihat jika mereka tidak meminta.
Untuk memastikan pemahaman anda masih relevan, rajinkanlahh bertanya khabar.
Jika sesuai, gunakan sedikit jenaka ringan.
Bersikap baik menunjukkan anda mempunyai kecerdasan emosi yang tinggi. — Gambar hiasan/Freepik
3. Tunjukkan kebaikan yang tulus
Menjadi seorang yang baik hati bukan sekadar melakukan perkara baik, tetapi menunjukkan empati dan keikhlasan dalam memahami orang lain.
Apabila anda sentiasa bersikap baik, ia bukan sahaja membuatkan orang selesa dengan anda, malah menunjukkan bahawa anda mempunyai kecerdasan emosi yang tinggi.
Anda boleh memahami dan berhubung secara emosi dengan orang lain dengan cara yang penuh hormat dan belas kasihan.
Sikap ini akan membuatkan orang senang dengan anda dan mewujudkan suasana saling menghormati.
4. Amalkan apa yang anda nasihatkan
Orang mudah hilang hormat terhadap mereka yang hipokrit. Sebaliknya, orang lebih menghormati mereka yang mengamalkan apa yang mereka nasihatkan kepada orang lain.
Bersikap jujur kepada diri sendiri bukan sahaja baik untuk kesihatan mental anda, malah ia juga membuatkan orang lain kagum.
Ini juga sesuatu yang orang lain sangat kagumi. Seperti yang kita semua dapat lihat, individu yang suka mengajar orang lain cara hidup sedangkan kehidupan mereka sendiri penuh dengan kepura-puraan akan tidak dihormati, malah sering menjadi bahan kecaman terutamanya dalam zaman media sosial sekarang. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram