Inspirasi suasana pesta malam, 'The Sweetest Hangover' karya Syomirizwa Gupta kembalikan pesona era 70-an


  • Gaya
  • Isnin, 11 Ogos 2025

Konsep suasana pesta selepas majlis rasmi dalam koleksi 'The Sweetest Hangover 2026/27'.

TATKALA jarum jam berdetik melewati tengah malam tercipta magis yang memukau.

Lampu pentas dimalapkan, api rokok dinyalakan, tali leher dilonggarkan dan aroma 'kebebasan' mula memenuhi ruang.

Tiada sebarang protokol dan saat itulah pesta sebenar bermula.

Koleksi The Sweetest Hangover 2026/27 oleh pereka fesyen terkenal, Syomirizwa Gupta menjadi penghormatan kepada pasca acara yang mempersonakan

BACA LAGI: Demi jaga nenek demensia, bekas cef restoran Michelin sanggup tinggalkan karier, buka kafe kecil dalam rumah

BACA LAGI: Romantiknya...Ameera, kakak, Sharnaaz 'terbang' ke Jakarta, beri sokongan kekasih lawan tinju

Untitled design - 5

Pesona pesta dan keanggunan antara elemen utama dalam koleksi kali ini.

Diinspirasikan daripada suasana selepas majlis rasmi, koleksi itu menangkap aura sensual buat mereka yang tetap mengekalkan gaya tanpa sebarang formaliti.

Ia menampilkan keyakinan tanpa dipaksa, godaan tidak keterlaluan dengan gabungan sempurna keanggunan tali leher hitam  dan sentuhan nakal serta glamor.

Koleksi eksklusif dengan 25 rekaan tersebut menampilkan potongan tuksedo yang kemas, fabrik sutera lembut dan perincian mengusik imaginasi.

Dari kemeja tuksedo dipadankan bersama seluar dalam berlabuci sehingga sut putih serba lengkap yang menyimpan kejutan tersendiri.

Direka khas untuk lelaki dan wanita, setiap helaian mengangkat semangat berpakaian bebas seperti di pesta selepas acara utama, namun tetap memancarkan konsep glamor.

Fabrik yang digunakan merangkumi satin sutera, twill, chiffon, kapas, satin berat dan brokat dengan potongan sesuai bagi membolehkan pemakai bergerak lincah di pentas tarian.

Warna terang menerangi cahaya malam.

Palet warna bertemakan berani seperti putih, hitam, fuchsia, magenta, jingga, hijau dan kuning secara tidak langsung tampak lebih menyerlah di bawah cahaya malam.

Koleksi berkenaan juga menggabungkan konsep pesta malam era 70-an dengan sentuhan provokatif zaman Tom Ford lewat 90-an dan diserikan nadi tropika Syomir tersendiri.

"The Sweetest Hangover adalah tentang kenangan indah antara malam yang anda ingat sehingga malam tidak akan dilupakan.

"Ia tentang afterglow, tawa dan kilauan yang kekal lama selepas muzik berhenti.

"Kadangkala cerita sebenar hanya bermula apabila pesta berakhir," katanya.

Koleksi The Sweetest Hangover 2026/27 buat julung kali dipersembahkan di Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) 2025 pada Jumaat lalu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram