Pencinta pop kurang kreatif, peminat muzik metal hati lembut, apa kena-mengena muzik dengan personaliti?


  • Sihat
  • Isnin, 11 Ogos 2025

Muzik bukan sekadar hiburan, ia juga cerminan siapa diri anda sebenarnya.

SETIAP individu mempunyai cita rasa muzik yang berbeza-beza dan tersendiri. Kadangkala pilihan genre lagu itu juga dibuat mengikut mood ataupun situasi sedang dialami.

Pada waktu pagi misalnya, tatkala bersiap ke kuliah ataupun pejabat, lazimnya lagu berentak rancak menjadi pilihan berbanding muzik perlahan. Ini bertujuan menyuntik semangat ceria dan aktif untuk memulakan hari.

Pun demikian, tanpa disedari pemilihan muzik sedikit sebanyak berhubung kait dengan personaliti dan psikologi seseorang.

BACA LAGI: 'Sampai makan dalam tandas, takut nak ke sekolah', Ayda Jebat imbas pengalaman diburu 'senior', tampil bersuara isu Zara Qairina

BACA LAGI: Berkurung di studio, siap campak cat atas kanvas, bekas saintis akhirnya temui keseimbangan seni dan sains

Dalam satu kajian satu kajian melibatkan sekurang-kurangnya 36,000 peserta dari seluruh dunia yang menilai lebih daripada 104 jenis muzik mendapati bahawa wujud kaitan antara muzik dan personaliti.

Antara hasil kajian diperoleh terdiri daripada:

1. Pop

Peminat muzik pop cenderung bersikap peramah, jujur dan konvensional. Mereka juga rajin dan memiliki keyakinan diri yang tinggi. Namun, penyelidik mendapati golongan kategori ini mungkin kurang kreatif dan agak gelisah berbanding peminat genre lain.

2. Rap, hip-hop

Bertentangan pula dengan stereotaip apabila ramai menyifatkan peminat rap sentiasa agresif, walhal hasil kajian tidak menemui kaitan tersebut.

Didapati penggemar muzik rap memiliki keyakinan diri yang tinggi dan lebih terbuka untuk bersosial.

3. Rock, heavy metal

Walaupun sering dikaitkan dengan kemarahan atau kekerasan, peminat rock dan muzik metal sebenarnya lembut hati, kreatif dan introvert. Mereka juga mempunyai keyakinan diri yang rendah.

4. Electronic Dance Music (EDM)

Peminat EDM biasanya peramah, berani dan terbuka kepada pengalaman baharu, namun ada yang kurang empati terhadap orang lain.

5. Jazz, blues

Peminat genre ini adalah extrovert, mempunyai keyakinan diri tinggi dan lebih kreatif termasuk bijak dan tenang dalam kehidupan seharian.

Sehubungan itu, berdasarkan kajian terhadap lima genre berkenaan, jadi tidak hairanlah apabila sesetengah individu mudah terasa apabila muzik kegemaran mereka dikritik.

Barangkali, bagi mereka muzik itulah yang menjadikan siapa mereka pada hari ini atau bantu mencipta mood sedih kepada gembira dan daripada gelisah kepada berani.

Walaupun hubungan antara personaliti dan muzik masih dalam kajian, beberapa bukti kajian jelas menunjukkan muzik sememangnya menjadi cerminan personaliti seseorang. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram