
CUACA panas melampau yang melanda sekarang buatkan ramai mula lebih peka soal perlindungan kulitdan ramai anggap sunscreensahaja sudah mencukupi.
Ya, pelindung matahari memang pentingterutamanya bila kulit terdedah kepada sinaran UVA dan UVB yang tinggi.
Tapi tahukah anda, ada bahan dalam produk penjagaan kulit yang boleh bertindak balas dengan cahaya matahari dan menyebabkan kulit jadi lebih sensitif?
Inilah yang dipanggil fotosensitiviti.Keadaan iniboleh buat kulit anda kemerahan, gatal atau rasa terbakar, walaupun hanya keluar sekejap di bawah matahari!
BACA LAGI:Selebriti media sosial kongsi 3 'rahsia' wajib ada dalam beg tangan, tip kekal cantik sepanjang hari
BACA LAGI:'Glass skin' dengan rutin minimal, Nuuha Beauty bawa solusi dari Korea
Apa itu fotosensitiviti?
Secara ringkas, fotosensitiviti ialah tindak balas kulit yang berlebihan terhadap cahaya matahari seperti selaran matahari (sunburn) walaupun anda tak berada di luar terlalu lama.
Biasanya, ia berlaku bila bahan aktif dalam produk topikal bertindak balas dengan sinaran UV. Kulit jadi kemerahan, pedih, gatal atau keluar ruam.
Dalam kes lebih serius, boleh jadi kulit melepuh atau luka.
5 bahan aktif yang perlu dielakkan sebelum keluar rumah
1. Retinol
Juga dikenali sebagai vitamin A, retinol sangat popular kerana keberkesanannya melawan tanda penuaan dan merangsang pertumbuhan sel kulit baru.
Namun, lapisan kulit baru ini jadilebih sensitif terhadap sinaran UV. Oleh itu, ia lebih selamat digunakan pada waktu malam.
2. Hydroquinone
Hydroquinone digunakan untuk meratakan tona kulit dan memudarkan bintik gelap dengan mengurangkan penghasilan melanin.
Tapi, apabila melanin berkurangan, kulit menjadi lebih mudah terjejas dengan cahaya matahari.
3. Minyak citrus
Minyak daripada buah oren, lemon dan limau gedang sering digunakan dalam produk penjagaan kulit kerana baunya yang menyegarkan.
Tapi ia boleh menyebabkan kulit terbakar, kemerahan dan pigmentasi apabila terdedah kepada matahari.
4. Asid pengelupasan
Asid seperti glycolic, lactic, mandelic, salicylic dan azelaic membantu mencerah serta melembapkan kulit.
Namun kerana ia membuang sel kulit mati dan mendedahkan lapisan baru, kulit jadi lebih terdedah kepada sinaran UV dan boleh meningkatkan fotosensitiviti.
5. Rawatan antibakteria
Bahan seperti clindamycin dan benzoyl peroxide kerap digunakan untuk merawat jerawat.
Namun ia mengeringkan kulit, sekaligus menjadikan kulit lebih sensitif kepada cahaya matahari dan mudah mengalami hiperpigmentasi.
Namun begitu, ini tidak bermakna produk-produk ini tidak bagus. Ia tetap berkesan tetapi perlu digunakan dengan strategi yang betul untuk melindungi kulit dan memperoleh hasil terbaik. - Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti diTwitter,Facebook,Instagram,WhatsApp ChanneldanTelegram