'Glass skin' dengan rutin minimal, Nuuha Beauty bawa solusi dari Korea


  • Gaya
  • Sabtu, 26 Jul 2025

Nuuha Beauty mengetengahkan pendekatan minimalis efektif dalam penjagaan kulit, diinspirasikan daripada rutin kecantikan Korea. — Instagram/@dr.waninuuha

RUTIN penjagaan kulit terlalu panjang atau menggunakan terlalu banyak produk tidak semestinya memberikan hasil yang lebih baik.

Semakin ramai pengguna kini memilih pendekatan lebih ringkas dan berfokus, dikenali sebagai effective minimalism.

Pendekatan itu menekankan penggunaan produk yang benar-benar diperlukan dan berkesan tanpa membebankan kulit dengan bahan berlebihan.

BACA LAGI: Status keberadaan ahli keluarga kini di hujung jari, info lokasi, kesihatan boleh dipantau dari aplikasi

BACA LAGI: Renungan kosong Gen Z: Tanda ikhlas, pura-pura mesra atau biadab?

Kesemua produk mereka dihasilkan 100 peratus di Korea. — Instagram/@dr.waninuuha

Ia turut menjadi asas kepada jenama tempatan, Nuuha Beauty yang diasaskan oleh dua beradik, Dr. Syazwani Abdul Samad dan Nawwal Nuha Abdul Samad.

“Penjagaan kulit tak perlu kompleks. Kami berpegang pada prinsip effective minimalism, maksudnya walaupun rutin minimal, tapi tetap efektif,” kata Dr. Syazwani yang merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Pembedahan Pergigian.

100 peratus dibangunkan di Korea Selatan, diiktiraf halal

Menjaga standard kualiti antarabangsa, semua produk Nuuha Beauty diformulasi, dikaji dan dihasilkan sepenuhnya di Korea Selatan, termasuk proses pembungkusan.

Pemilihan Korea dibuat kerana negara itu diiktiraf sebagai hab penjagaan kulit utama dunia dengan teknologi dan kemudahan penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang lebih maju.

“Kami tidak ambil bahan dan bungkus di Malaysia. Semuanya dari A sampai Z memang dibuat di Korea,” jelas pengasas bersama, Dr. Syazwani.

Setakat ini, jenama itu telah menghasilkan tujuh produk. Namun, cabaran utama mereka ialah mendapatkan pensijilan halal memandangkan industri kecantikan di Korea masih kurang pendedahan tentang keperluan ini.

Akhirnya, Nuuha Beauty bekerjasama dengan Korea Halal Authority (KHA) bagi memastikan semua produknya mematuhi standard halal dan selamat digunakan oleh pengguna Muslim.

“Jadi, tiada isu untuk dibawa solat atau umrah,” kata Nawal Nuuha.

Kulit idaman ramai

Kulit licin dan bersinar seperti cermin atau glass skin, kekal menjadi standard kecantikan masa kini.

Menurut Dr. Syazwani, piawaian tersebut banyak dipengaruhi budaya Korea.

“Standard sekarang memang dari Korea. Mereka sendiri panggil glass skin tu sebagai chok chok effect, iaitu kulit yang glowing dan lembap,” katanya.

Bagi memenuhi permintaan berkenaan, Nuuha Beauty memperkenalkan 7 Times Peptide Ultimate Glass Skin Moisturizer, dirumus untuk semua jenis kulit termasuk berjerawat, kering atau kusam dengan fokus utama memperbaiki kesihatan dan hidrasi kulit.

Antara bahan utamanya termasuk tujuh jenis peptida untuk merangsang kolagen dan melawan penuaan, 10 jenis asid hyaluronik bagi meningkatkan kelembapan, serta enam jenis ceramide yang berfungsi melindungi dan menguatkan lapisan kulit.

Turut disertakan ialah Hexapeptide 8, peptida yang menurut kajian boleh memberi kesan seakan Botox secara selamat.

“Kami tak buat tuntutan keterlaluan, tapi bahan ini memang disokong kajian. Ia bantu kulit nampak lebih tegang dan muda,” jelasnya.

Langkah ringkas, hasil maksimum

Berbeza dengan rutin kecantikan Korea yang melibatkan tujuh hingga 10 langkah, Nuuha Beauty memilih konsep effective minimalism yang lebih praktikal untuk pengguna tempatan.

Prinsip itu bukan sahaja menekankan penggunaan produk yang minimum, tetapi juga memastikan setiap satu daripadanya mengandungi pelbagai bahan aktif yang berkesan.

“Kalau boleh pakai tiga ke empat produk saja, tapi hasilnya tetap optimum, itu yang kami usahakan,” kata Dr. Syazwani.

Serum jerawat keluaran mereka, misalnya, menggabungkan sehingga 10 bahan aktif dalam satu formulasi, berbanding kebiasaan satu bahan bagi setiap produk.

Tiga fokus utama untuk kulit sihat

Nuuha Beauty memberi tumpuan pada tiga keperluan utama kulit rakyat Malaysia, iaitu memperkukuh lapisan pelindung kulit, melawan penuaan dan mencerahkan kulit.

“Kami guna ceramide untuk kuatkan lapisan kulit, tujuh jenis peptida untuk anti-penuaan dan bahan seperti niacinamide serta liquorice root untuk mencerah,” kata Nawwal Nuha.

Produk juga dirumus ringan, tanpa alkohol, pewangi atau bahan penyumbat pori, sesuai untuk iklim panas dan kulit sensitif.

“Kami amalkan prinsip effective minimalism dengan menggunakan bahan yang benar-benar berkesan, tanpa yang memudaratkan,” tambah Dr. Wani

Ubah mindset

Bagi Nuuha Beauty, kecantikan tidak seharusnya diukur melalui tona kulit. Walaupun ramai di Asia Tenggara masih menganggap kulit putih sebagai standard kecantikan, pendekatan ini sudah tidak relevan.

“Di Malaysia dan negara jiran seperti Indonesia, Thailand dan Filipina, masih ada pandangan bahawa kulit cerah itu cantik. Tapi sebenarnya, fokus kita patut kepada kulit yang sihat, bukan warna kulit,” jelas Dr. Syazwani.

Menurutnya lagi, obsesi untuk memutihkan kulit sering membawa kepada penggunaan produk yang mengandungi bahan terlarang, sekali gus merosakkan kulit dan membahayakan kesihatan.

“Pendidikan itu penting. Kami percaya pada mendidik pengguna. Kulit gelap pun boleh cantik, asalkan sihat dan terjaga,” tambahnya.

Terlalu banyak produk, kulit makin teruk

Obses untuk mencapai kulit mulus mendorong ramai pengguna menggunakan terlalu banyak produk serentak.

Menurut Dr. Syazwani, keadaan itu boleh merosakkan lapisan perlindungan kulit atau skin barrier, menyebabkan jerawat, iritasi dan kulit mengambil masa lama untuk pulih.

Antara kesilapan lazim termasuklah penggunaan bahan aktif berkepekatan tinggi secara serentak seperti retinol 2 peratus, AHA/BHA 7 peratus dan vitamin C.

“Semua produk yang dia guna tu okey saja, tapi apabila campur dan pakai serentak tanpa ilmu, itu yang rosakkan kulit,” jelas beliau.

Beliau menekankan pentingnya ilmu asas sains dalam penjagaan kulit dan mendapatkan rundingan sebelum mencampur produk.

“Sama macam hidup ada jadual, skin care pun kena ada jadual,” katanya, menyarankan pendekatan mingguan seperti hari tertentu untuk eksfoliasi dan hari lain untuk penghidratan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram