
EMPAT gadis tampil dengan gaya tersendiri dalam perkongsian #OOTD (outfit of the day) ketika menghadiri Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW 2025) baru-baru ini.
Menariknya, rata-rata daripada mereka memilih hitam sebagai warna utama dalam padanan pakaian masing-masing.
Namun, ada juga yang berani tampil lebih ceria dengan warna fesyen seperi merah jamBu terang dan biru.
BACA LAGI: Bukan saja-saja isi pendidikan, pekerjaan dalam 'buku pink', rupanya ada kaitan sepanjang hamil
Dalam pilihan pakaian, ada yang memakai seluar manakala ada juga yang memilih busana lebih feminin seperti dress dan skirt labuh.
Ada juga yang memilih gaya 'sendirian berhad' dengan penampilan unik tersendiri tanpa aksesori tambahan.
Tidak ketinggalan, dua gadis turut melengkapkan penampilan mereka dengan beg tangan jenama Dior.
Sementara itu, gadis yang memilih rona merah jambu terang tampil berani dengan dress potongan moden, mencuri tumpuan hadirin.
Majoriti daripada mereka menggunakan aksesori ringkas supaya tidak menghilangkan fokus pada pakaian utama.
KLFW 2025 yang berlangsung bermula 4 Ogos lalu sehingga 10 Ogos ini sekali lagi menjadi platform utama buat para peminat fesyen menonjolkan kreativiti dan gaya peribadi masing-masing. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram