[VIDEO] 'Ruang tenang saya', transformasi kamar mandi Nabila Huda persis 'healing' di spa


  • Hias
  • Jumaat, 08 Ogos 2025

Bagi Nabila, bilik mandi menjadi ruang untuk beliau bertenang.

SELEPAS berhijrah ke sebuah rumah lama di ibu kota yang dibelinya Februari lalu, Nabila Huda memberi sentuhan peribadi agar setiap ruang mencerminkan keperibadiannya.

Terbaharu, beliau berkongsi tentang transformasi bilik mandi kediamannya yang menjadi ruang paling istimewa buat dirinya.

Dalam temu bual bersama sebuah jenama penyedia kelengkapan bilik mandi dan dapur yang mengendalikan pengubahsuaian tersebut, Sorento Malaysia, Nabila mendedahkan bilik mandi utama menjadi ruang tenang peribadinya.

BACA LAGI: 'Sabar agar marah tidak menyakiti, lidah tidak menghina', 2 nilai ini perlu ada sebelum melangkah ke alam rumah tangga

BACA LAGI: Barangan mewah dibuang pelajar universiti dalam tong sampah, cetus idea bisnes penulis sebelum jadi kaya-raya

“Saya suka yang sederhana, tapi saya nak setiap sudut itu ada karakter, macam saya,” kata pemilik nama Nabila Huda Suhaimi itu.

Ruang kegemaran beliau dan suami itu memberi pengalaman seakan percutian setiap kali digunakan. Antara elemen utama ialah tab mandi dengan paip berkonsepkan air terjun yang memberikan suasana seperti berada di spa.

“Setiap malam rasa seperti staycation. Suami saya selalu bergurau, kalau mandi sampai 30 minit, keluar saja muka terus nampak tenang, macam baru lepas rawatan di spa,” selorohnya.

Bilik mandi itu turut dilengkapi set pancuran mandian daripada material brass gun metal yang tahan lasak serta nozzle silikon yang mudah dibersihkan.

Bagi wanita berusia 41 tahun itu, gabungan rekaan dan fungsi ini memberikan aura watak utama yang meningkatkan lagi tahap keselesaan.

Beliau juga berbangga dengan pemilihan tandas pintar yang disifatkan seperti jenama kereta mewah, Rolls Royce kerana serba automatik, dilengkapi sensor kaki, fungsi memori dan kawalan sisi.

“Segala-galanya hanya perlu tekan untuk flush atau mencuci. Memang sangat futuristik,” tambahnya.

Bukan sekadar bilik mandi utama, bilik mandi anaknya turut dilengkapi intelligent water closet dengan bidet. Bagi Nabila, pelaburan pada ruang ini bukan hanya soal estetik, tetapi mencipta ketenangan yang mampu dinikmati setiap hari.

Terdahulu, Majoriti melaporkan ibu kepada seorang anak itu memilih konsep retro untuk kediaman baharunya, mengekalkan struktur asal sambil melakukan pembaikan dan penyegaran semula.

Keputusan berpindah dibuat selepas lebih 10 tahun menetap di kondominium, apatah lagi anak tunggalnya, Keisha, kini meningkat remaja. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram