[VIDEO] 'Baru rasa yakin nak keluar rumah', 5 gadis kongsi 1 pelengkap gaya 'wajib' pakai


  • Gaya
  • Jumaat, 08 Ogos 2025

Item fesyen tertentu mampu menjadi pelengkap gaya dan meningkatkan keyakinan. — Gambar hiasan/Freepik

SETIAP wanita, pasti ada ada satu item fesyen yang menjadi ‘penyelamat’ penampilan. Tanpanya, mereka merasakan tiada keyakinan.

Sama ada ia cuma aksesori kecil, sentuhan warna pada bibir atau perhiasan yang menambah seri, setiap pilihan mencerminkan personaliti dan gaya tersendiri.

Bagi mendapatkan perkongsian citarasa fesyen, Majoriti menjalankan temu bual ringkas bersama lima wanita yang mendedahkan item fesyen wajib mereka, iaitu aksesori atau sentuhan gaya yang sentiasa menjadi teman setia setiap kali melangkah keluar rumah.

BACA LAGI: 'Biarlah budak-budak', tanpa sedar ayat ini punca, bentuk anak jadi 'kaki buli'

BACA LAGI: [VIDEO] 'Ruang tenang saya', transformasi kamar mandi Nabila Huda persis 'healing' di spa

Dhaniya (kiri) dan Norfatin masing-masing mempunyai satu item fesyen berbeza yang 'wajib' menjadi pelengkap gaya. — Instagram/@dhaniyaaqilah & @adibahnasarudin

Bagi Dhaniya Aqilah Juhari, bulu mata palsu menjadi pelengkap utama. Katanya, tanpa bulu mata, matanya kelihatan kecil dan seperti mengantuk.

“Saya akan pastikan pakai bulu mata setiap kali keluar rumah walaupun tiada acara istimewa,” ujarnya ringkas.

Bagi Norfatin Adibah Nasarudin, gincu adalah senjata rahsia untuk wajah tampak berseri.

Warna pilihan utamanya ialah tona peach bercampur jingga dengan kemasan matte.

“Apabila pakai gincu, baru rasa muka saya ‘hidup’,” katanya.

Nur Eva Natasha, 20, tidak boleh keluar rumah tanpa gelang tangan kerana menggemari bunyi yang terhasil.

Mengenai rona, pilihannya sentiasa tertumpu pada rona emas.

“Saya akan sentiasa pilih warna emas berbanding lain,” ujarnya.

Sementara itu, Fiona Nur Ariesya, 21, cincin adalah item fesyen yang 'wajib' dipakai apabila keluar daripada rumah.

Setiap kali keluar, sekurang-kurangnya satu jarinya akan dihiasi, walaupun kebiasaannya beliau memakai tiga cincin.

“Jari saya kecil, jadi kalau pakai terlalu banyak pun tak sesuai. Hari ini, saya pilih warna perak untuk padankan dengan denim,” jelasnya.

Sementara itu, Jane Matankis, 39 menjadikan subang sebagai aksesori wajib. Baginya, subang melengkapkan gaya dan tanpa aksesori itu, penampilan terasa kosong.

“Saya rasa gaya saya tak lengkap tanpa subang. Kebiasaanya saya pilih warna keemasan,” katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram