Hak milik dUCk sudah bertukar tangan? Vivy Yusof kembali aktif di media sosial, amal gaya hidup sihat


  • Gaya
  • Khamis, 07 Ogos 2025

Selepas lama menyepi, Vivy kini dilihat kembali aktif di akaun Instagram peribadi beliau yang memperlihatkan perubahan rutin hariannya.

SELEPAS melalui fasa menyepi susulan terlibat dalam dakwaan salah guna dana melibatkan Khazanah dan Permodalan Nasional Berhad (PNB), Datin Vivy Sofinas Yusof, 38, kini kembali mencuri perhatian apabila dilihat aktif semula di media sosial.

Pengasas bersama FashionValet dan dUCk itu memuat naik beberapa hantaran yang memperlihatkan perubahan rutin hariannya serta pandangan peribadi mengenai hala tuju hidupnya kini.

“Saya kembali menikmati hidup. Mula aktif semula di media sosial, tapi kali ini tanpa tekanan. Kurang solekan, lebih banyak ketawa dan menulis,” tulis Vivy menerusi satu hantaran di akaun Instagram miliknya..

BACA LAGI: 'Sentiasa berada persekitaran mencabar, saya terpaksa belajar jadi lebih baik', wanita kongsi pengalaman tingkat daya saing di SJKC

BACA LAGI: [VIDEO] 'Rumah baharu, jiwa baharu', Timur Gabriel 'unboxing' kediaman konsep brutalisme tropika

Antara hantaran yang dimuat naik Vivy di akaun media sosialnya. 

Beliau turut menyatakan penghargaan kepada pelanggan blog peribadinya, Sincerely Vivy yang menurutnya menjadi ruang selamat untuk berkongsi.

Antara kenyataan paling mencuri perhatian ialah pengakuannya bahawa jenama dUCk kini bukan lagi berada di bawah kawalannya.

“Saya sempat beli dUCk di Qra! Sejujurnya, saya pun rindu dUCk. Tapi sekarang, jenama itu dikendalikan orang lain. Pelik juga rasa, sebagai pengasas selama 10 tahun. Tapi saya reda dan percaya pada takdir Allah,” katanya.

Kenyataan itu sekali gus menguatkan spekulasi bahawa hak milik atau pengurusan dUCk telah bertukar tangan, meskipun tiada pengesahan rasmi daripada mana-mana pihak sehingga kini.

Vivy merupakan figura terkenal dalam dunia keusahawanan dan fesyen tempatan.

Ibu kepada tiga orang anak itu mula aktif dalam dunia perniagaan sekitar tahun 2010 apabila beliau bersama suaminya, Datuk Fadzarudin Shah Anuar menubuhkan sebuah platform e-dagang, FashionValet yang memfokuskan kepada fesyen tempatan dan serantau.

Manakala jenama dUCk pula diperkenalkan oleh Vivy pada tahun 2014, bermula sebagai jenama tudung dan kemudiannya berkembang menjadi jenama gaya hidup yang lebih menyeluruh, termasuk kosmetik, alat tulis, barangan rumah dan aksesori. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram