Baju tempahan khas tak dipakai sebab takut 'designer' lain merajuk, pereka fesyen enggan lagi 'sponsor' artis di karpet merah


  • Gaya
  • Selasa, 05 Ogos 2025

Pereka fesyen Wajie Ibrahim kongsi pengalaman artis tempatan minta tajaan baju tapi akhirnya 'menghilang', cetus sokongan dan perbincangan hangat di Threads. — Gambar hiasan/Freepik

DI sebalik kehangatan Anugerah Melodi Terhangat (AMT) 2025 yang dipenuhi kontroversi selebriti termasuk kisah panas antara Bella Astillah dan Sophia Albarakbah, satu perkongsian daripada pereka fesyen, Wajie Ibrahim, turut mencuri perhatian ramai di Threads.

Dalam nada tenang tetapi penuh sindiran halus, Wajie membuka cerita mengenai pengalamannya berurusan dengan beberapa selebriti tanah air yang dikatakan suka meminta tajaan pakaian secara percuma.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Nak didik anak tapi salah cara', wanita dikecam tinggal anak menangis tepi jalan di Wangsa Maju

BACA LAGI: Jodoh awan biru, perkenalan di kerusi 24A, 24B akhirnya bersatu atas pelamin

Namun akhirnya bersikap tidak profesional dan tidak menghargai hasil kerja orang lain.

"Demam AMT, orang sering tanya, ‘Wajie tak sponsor ke baju artis?’ Jarang tengok Wajie Ibrahim dekat karpet merah. Well, mari saya kongsi kisah saya."

Wajie memulakan kisah pertama dengan mendedahkan bagaimana dia sanggup datang dari Johor ke Kuala Lumpur selepas dijemput ke rumah seorang artis.

Namun, sebaik sahaja tiba, dia mendapati bukan dia seorang yang dijemput.

"Dia bukan sahaja panggil Wajie, tapi turut jemput beberapa pereka fesyen lain.

"Dia suruh kami semua 'pitch' atau jelaskan kenapa kami layak untuk taja dia."

Tidak teragak-agak, Wajie terus bangun dan menjawab: "Saya tak layak."

Lalu meninggalkan tempat itu tanpa sebarang penyesalan.

Perkongsian Wajie itu segera menarik perhatian pengguna Threads yang memberikan sokongan penuh terhadap pendiriannya yang tegas dan bermaruah.

@q_ueen_beee menulis: "Jahatnya? Dia yang minta, tapi suruh orang pula beratur pujuk dia? Awak are doing fine tanpa si penumpang percuma ini!"

@mrsnadiyawahab pula berkata: "Biadapnya. Dahlah minta ditaja, lepas itu uji pula pereka macam peserta pertandingan. Realiti wujud perangai macam ini ya, ingatkan dalam drama saja.”

@lincarlead menambah: "Akak ada kawan jurusolek pun kena perangai sama, artis minta sponsor mekap. Ingat kami ini tak ada nilai ke? Bagus Wajie, kau tinggalkan awal-awal."

Tidak cukup dengan satu kisah, Wajie turut berkongsi pengalaman kedua yang lebih menyakitkan hati.

"Kakak artis jemput ke rumah, katanya nak buat baju. Wajie datang, dilayan elok, siap jamu makan. Alhamdulillah."

Segala proses berjalan lancar daripada lakaran, pemilihan kain hingga kepada jahitan semuanya ditanggung oleh pihak Wajie.

Kos mencecah ribuan ringgit, namun, saat baju siap dan diminta hadir untuk sesi fitting sebelum acara, pelbagai alasan diberikan.

"Katanya sibuk, faham! Tapi bila hantar baju 6 petang, majlis 8 malam, sampai-sampai nampak dia dah berbaju lain."

Wajie sempat menawarkan sesi fitting dan membawa mesin jahit mudah alih kalau perlu ubah suai baju, tetapi jawapan yang diterima sangat mengecewakan:

"Mungkin saya pakai baju Wajie event lain, sebab event malam ini saya kena pakai baju pereka lain, takut dia merajuk."

Dua pengalaman itu cukup untuk Wajie membuat keputusan tiada lagi tajaan untuk artis buat masa ini.

Hasil kerja tangan pereka bukan hanya sekadar sehelai pakaian, tetapi lambang masa, tenaga, kreativiti dan komitmen.

Wajie, terkenal dengan rekaan tradisional kontemporari dan busana pengantin yang eksklusif, dikenali kerana sentuhan unik seperti sulaman bunga tangan, fabrik mewah dan potongan klasik abadi.

Karya-karyanya sering menjadi pilihan pengantin dan tokoh korporat berprofil tinggi. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram