
DUNIA reka bentuk dalaman sentiasa berubah-ubah, apa yang popular hari ini mungkin kelihatan sudah ketinggalan zaman esoknya.
Walaupun seronok mengikut trend yang dilihat di media sosial atau majalah, tidak dinafikan banyak bersifat sementara dan mudah membuat ruang kediaman terasa diperbuat dan bukan disusun dengan teliti.
Tiga pereka dalaman berpengalaman memberikan pandangan tentang trend dekorasi yang mereka 'rasakan' sudah ketinggalan zaman.
BACA LAGI: AI bantu kenal pasti alergi kulit, lakukan sendiri di rumah, diagnosis lebih cepat
BACA LAGI: [VIDEO] Pengalaman menginap di Assarraa, kediaman mewah, sarat tradisi dalam kawasan istana Brunei
Dunia dekorasi sudah sampai ke tahap tepu bouclé.
1. Segalanya Bouclé
Fabrik bouclé memang dikenali kerana teksturnya yang cozy dan elegan.
Namun, menurut Pengasas Kim Dee Designs, Kim Dee, dunia dekorasi sudah sampai ke tahap 'tepu bouclé'.
"Sekarang hampir setiap kerusi, ottoman dan bangku accent diperbuat daripada bouclé.
"Ia sudah tidak terasa eksklusif kerana ruang kelihatan lebih ikut trend daripada dirancang penuh personaliti," katanya.
Lebih buruk lagi, bouclé bukan fabrik yang praktikal kerana mudah kotor, sukar dibersihkan dan cepat rosak.
Sebagai alternatif, pereka kini cenderung kepada material lain seperti linen, mohair atau baldu tahan lebih lama dan tetap bertekstur.
Trend pokok zaitun palsu pernah viral di media sosial sekitar awal 2020.
2. Pokok zaitun palsu
Trend pokok zaitun palsu pernah viral di media sosial sekitar awal 2020.
Namun kini menurut Kim Dee, ia sudah tidak lagi eksklusif.
"Daripada meniru trend pokok palsu yang semua orang guna, pilihlah kehijauan yang sesuai dengan karakter ruang anda seperti susunan bunga kering bersifat arca, pasu besar yang unik atau pokok sebenar jika pencahayaan membenarkan."
Kalau belum bersedia untuk menjaga pokok hidup, masih boleh guna tanaman palsu, tapi carilah bentuk yang lebih artistik dan bertekstur, bukan versi generik yang biasa dilihat di rumah orang lain.
Mesej kasih sayang dan kekeluargaan ditulis pada papan tanda boleh menyebabkan ruang terasa generik.
3. Papan tanda gaya farmhouse
Menurut Pengasas bersama Murphy & Moore Design, Katherine Moor, papan tanda tulisan besar seperti 'Gather, Home, Family, Eat' atau frasa klise seperti 'Live, Laugh, Love' sudah jauh ketinggalan zaman.
Ironinya, mesej kasih sayang dan kekeluargaan yang ditulis pada papan tanda itu boleh menyebabkan ruang terasa generik dan tidak peribadi kerana kebiasaannya dibeli dari kedai sama.
"Reka bentuk lebih bermakna apabila mencerminkan siapa tinggal di dalam rumah itu, bukan sekadar mengikut apa yang trending," kata Moore.
Sebagai ganti, pilih karya seni dinding yang menyampaikan mesej sama secara simbolik dan bukan secara literal.
Bagi gaya farmhouse lebih autentik, cari item terpakai di pasar karat atau kedai antik yang memberi ‘jiwa’ kepada ruang kediaman.
Ruang dinding yang dibiarkan kosong sebenarnya memberi 'rehat visual' yang sangat diperlukan.
4. Dinding galeri berskala besar
Dinding galeri memang menarik dan penuh karakter.
Namun menurut Tehilla Bennett dari Teela Bennett Design, apabila ruang dinding dipenuhi terlalu banyak bingkai kecil, ia boleh mengganggu visual.
"Daripada dinding penuh gambar yang bersaing antara satu sama lain, lebih baik pilih satu karya seni berskala besar untuk impak visual yang lebih kuat," katanya.
Jika mahu kekalkan dinding galeri, gunakannya di ruang peralihan seperti laluan atau tangga.
Ruang dinding yang dibiarkan kosong sebenarnya memberi 'rehat visual' yang sangat diperlukan dalam sesebuah ruang.
Zaman konsep barangan rotan sudah berlalu.
5. Terlalu banyak rotan, anyaman
Rotan dan anyaman menjadi pilihan utama ketika ramai mula menghias rumah dengan unsur semula jadi.
Terutamanya semasa fasa comfort living pasca pandemik.
Tetapi menurut Bennett, zaman semua benda rotan sudah berlalu.
"Daripada letak tekstur sama di mana-mana, pilih satu item yang menyerlah seperti kerusi rotan atau lampu anyaman gantung dan padankan dengan material berbeza seperti logam, seramik atau fabrik lembut,” cadangnya.
Keseimbangan material menjadikan ruang lebih menarik dan kelihatan lebih bercerita daripada sekadar dipadankan. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram