
PERCAYA atau tidak, perisa aiskrim kegemaran sebenarnya mendedahkan banyak perkara tentang personaliti anda.
Pelbagai kajian dijalankan menunjukkan hubung kait yang kukuh terhadap ciri-ciri personaliti di sebalik kecenderungan terhadap perisa tertentu meskipun tiada penilaian saintifik sepenuhnya.
Greg Tucker misalnya, yang menghabiskan 20 tahun menjalankan kajian di Jepun, Itali, Belanda, Perancis, United Kingdom dan Amerika Syarikat memberitahu bahawa pilihan perisa adalah mencerminkan mood seseorang itu ketika menikmati manisan berkenaan.
BACA LAGI: Dekorasi kediaman mesra haiwan, pencinta kucing wajib ambil tahu!
Berikut adalah maksud di sebalik pilihan perisa aiskrim:
1. Coklat
Jika perisa coklat menjadi pilihan ia menunjukkan anda menjalani kehidupan penuh kegembiraan dan amat mencintai diri sendiri. Selain itu, anda mungkin mempunyai pendirian yang kuat, tetapi sentiasa terbuka untuk mencuba idea baharu dan pengalaman beza-beza termasuk gemar memanjakan diri.
2. Vanila
Vanila disifatkan perisa yang tenang, minimalis dan seimbang. Menurut Tucker, mereka yang memilih perisa ini sedang mencari ketenangan dan rasa selamat, mungkin terbit perasaan cemas atau gementar.
Katanya, ini disebabkan aiskrim vanila adalah yang paling hampir dengan rasa susu ibu bagi orang dewasa, manis, berlemak dan rasa vanila itu mendominasi.
Setiap perisa aiskrim mencerminkan personaliti dan mood seseorang.
3. Strawberi
Perisa masam dan manis ini menandakan anda seorang yang bertenaga dan peramah.
Pada masa sama, memerlukan sedikit ‘pemangkin semangat’ dan mungkin sedang dalam keadaan ragu-ragu. Pun begitu, rasa strawberi yang manis dan masam itulah memberi dorongan untuk anda terus menikmati hidup.
4. Karamel
Ia adalah perisa yang kompleks. Jika ini pilihan, maka anda seorang yang teliti, mempunyai pelbagai sisi dan penuh keyakinan.
Anda gemarkan perkara mencabar sama ada dari segi cita rasa atau kerjaya. Walaupun sesetengah orang mungkin menganggap anda menakutkan, hakikatnya kamu seorang pemalu dan penyayang.
5. Mint coklat cip
Gabungan rasa mint menyegarkan dengan coklat manis mencerminkan seseorang yang bijak mencari keseimbangan dalam hidup.
Walaupun perisanya tampak ‘kucar-kacir’, anda adalah seorang yang tenang, disenangi ramai dan mudah menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.
6. Pistachio
Peminat aiskrim pistachio biasanya mencari sesuatu yang sofistikated dan penuh intensiti sehingga menjadikan anda kreatif dan kompleks.
Tucker berkata, mereka yang menggemari pistachio lazimnya tinggal di bandar, tetapi menyimpan impian untuk berpindah ke kawasan luar bandar suatu hari nanti.
Sebahagian daripada keseronokan menikmati aiskrim adalah memilih rasa yang sesuai dengan ‘vibes’ pada waktu itu. Walaupun pilihan aiskrim mungkin berkait rapat dengan personaliti, jangan takut untuk terus mencuba rasa-rasa baharu! — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram