[VIDEO] Serba-serbi 'air tangan' Shima, dari buat kek vanilla strawberry whipped ganache hingga dekorasi


  • Bonda
  • Isnin, 04 Ogos 2025

Shima kreatif menyediakan kek vanila bersama strawberry whipped ganache, hasil air tangannya sendiri buat si kecil.

PELAKON Shima Anuar mencuri perhatian ramai apabila berkongsi momen istimewa menyediakan sendiri kek dan menghias ruang makan bagi meraikan ulang tahun kelahiran anak bongsunya, Harris Mohd. Solih berusia dua tahun.

Menerusi satu hantaran video di Instagram, Shima dilihat tekun menyediakan kek vanila bersama strawberry whipped ganache, khas buat anak tersayang.

"Vanilla cake with strawberry whipped ganache. Kali pertama cuba buat hanya untuk anak lelaki saya, Harris," katanya.

BACA LAGI: Tuntutan nafkah cecah RM70,750, ibu ini buktikan pentingnya simpan rekod supaya bekas suami tak culas

BACA LAGI: [VIDEO] Peluru tersangkut di kepala, kisah ajaib kanak-kanak Palestin selamat dalam serangan Zionis

Selain itu, pemilik nama sebenar Noor Hashimah Anuar turut memuat naik video sambutan hari jadi Harris yang diadakan secara sederhana, namun meriah bersama suami dan anak-anak tercinta.

Suaminya, Mohd. Solih Toha dan dua anak mereka, Marian Sophia serta Mikhael Iman kelihatan ceria sepanjang sambutan hari jadi berlangsung.

Menariknya, dekorasi majlis turut dihias dan direka sendiri oleh Shima dengan bantuan anak lelakinya, Mikhael Iman.

“Selamat hari jadi sayang ibu, Harris. Semoga membesar menjadi anak yang soleh, bijak, berjaya dunia akhirat dan sentiasa dilindungi serta dirahmati ALLAH SWT. Aminnn. We love you so much!” katanya.

Menjengah ke ruangan, rata-rata rakan selebriti dan peminat kagum dengan kemahiran dan usaha Shima untuk permata hatinya itu.

“Babe, apa yang awak tak boleh buat eh? Semua benda you boleh! Hebat!” kata Nadia Anuar.

“Dari bertukang, mengecat, buat hair oil, memasak, gubah bunga, gubah hamper, sekarang baking pula. Serba boleh betul Shima Anuar,” kata Hann.kz.

Seorang lagi pengguna, Ryanihan.i melihat suami Shima bahagia bersama wanita yang pandai mengurus rumah tangga.

Babe, suami awak nampak bahagia sangat ada isteri cantik, pandai masak, jaga rumah macam awak. Anak-anak pun comel. Awak pun bertuah dapat suami yang baik dan penyayang. I doakan awak terus dimurahkan rezeki dan sentiasa diratukan. Selamat hari jadi Harris. Cantik sangat kek tu! Saya tunggu awak ambil order untuk kek yam jelly!," katanya.

Untuk rekod, Shima mendirikan rumah tangga bersama Mohd. Solih pada April 2017.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Marian Sophia, Mikhael Iman dan Harris. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram