'Ini bukan sunat, tapi tanggungjawab', suami wajib ambil tahu soal haid isteri – PU Riz


  • Cinta
  • Ahad, 03 Ogos 2025

Suami perlu belajar mengenai hukum-hakam seperti tempoh haid isteri kerana ia adalah tanggungjawab yang wajib dikuasai. — Gambar hiasan/Janaan AI

APABILA seorang lelaki melangkah ke alam perkahwinan, kehidupannya bukan lagi sekadar tentang dirinya dan rakan-rakan.

Tanggungjawab baharu sebagai suami dan ayah menuntut perubahan cara hidup, termasuk keutamaan terhadap keluarga dan ilmu yang perlu dikongsi bersama pasangan.

Namun, dalam realiti hari ini, masih ramai lelaki yang terlepas pandang bahawa mendidik isteri tentang asas agama juga termasuk dalam tanggungjawab yang wajib dipikul.

BACA LAGI: Sewa atau beli rumah? Panduan kewangan untuk pasangan muda

BACA LAGI: Kulit muka berjerawat ketika hamil, bahan retinol boleh jejas perkembangan janin

 
 
 
 
  
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Isi Minyak Luu.. (@isiminyakluu)

Perkara ini ditekankan oleh pendakwah selebriti, Muhammad Haris Mohd Ismail atau dikenali sebagai PU Riz menerusi pod siar Isiminyakluu.

Beliau menyentuh isu yang sering dipandang remeh, iaitu kewajipan suami mengambil tahu tentang kitaran haid (period) isteri.

Menurut beliau, masih ramai lelaki hari ini yang tidak sedar bahawa mendidik isteri mengenai hukum-hakam seperti tempoh haid dan ibadah ketika haid adalah tanggungjawab yang wajib, bukan sunat.

“Kalau isteri tanya, ‘Abang, darah saya dah lebih tujuh hari, boleh solat ke?’dan suami jawab, ‘ikut awak lah’, itu bahaya. Kalau suami tak tahu dan tak ajar, dosa tu dia yang tanggung,” katanya.

Beliau menjelaskan bahawa perkara seperti ini bukan sekadar pengetahuan tambahan, tetapi satu kewajipan yang perlu dikuasai oleh suami agar isteri tidak terjerumus dalam kesilapan ibadah.

Malah, beliau turut menyentuh isu lain yang berkait rapat seperti keperluan isteri mendapatkan keizinan sebelum berpuasa sunat.

Ini kerana jika suami 'berhajat' kepada isteri pada hari tersebut, keutamaan perlu diberi kepada suami.

“Isteri kena tanya dulu suami, ‘Abang, okey ke kalau saya puasa?’ sebab takut-takut suami perlukan dia pada hari itu,” katanya.

Justeru, PU Riz mengingatkan para lelaki agar tidak ambil ringan soal pendidikan agama dalam rumah tangga, khususnya berkaitan isteri.

Ini bukan soal mahu mengawal, tetapi soal amanah dan dosa yang mungkin dipikul tanpa sedar.

“Isteri semua dengan kita, sampai ke darah dia pun dia kena tanya kita,” tegasnya.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram