
SEORANG kanak-kanak Palestin, Lana Al-Basous terselamat dalam kejadian luar biasa apabila sebutir peluru yang ditembak dari dron tentera Israel tersangkut di antara rambut dan kulit kepalanya tanpa menembusi atau mencederakan tengkoraknya.
Insiden itu yang disifatkan sebagai satu keajaiban yang berlaku ketika serangan tentera Israel ke atas Semenanjung Gaza, Palestin masih berterusan, meskipun angka korban semakin meningkat dan krisis kemanusiaan kian meruncing.
Menurut Kementerian Kesihatan Gaza, seramai 60,249 penduduk Palestin terkorban sejak serangan bermula pada Oktober 2023.
BACA LAGI: Luna Maya pilih tema 'Matahari dan Bulan', resepsi unik siap ada gelanggang tenis dalam dewan
Baru-baru ini, sebanyak 111 mayat dibawa ke hospital, manakala 820 individu mengalami kecederaan.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan mangsa yang cedera akibat serangan Israel meningkat kepada 147,089 orang.
Lebih membimbangkan, data turut menunjukkan peningkatan ketara dalam jumlah kematian ketika penduduk cuba mendapatkan bantuan kemanusiaan.
Sejak 27 Mei, seramai 1,330 orang dilaporkan terbunuh dan 8,818 lagi cedera ketika berusaha mendapatkan keperluan asas seperti makanan dan air bersih.
Serangan juga terus berlaku walaupun perjanjian gencatan senjata dan pertukaran tahanan telah dimeterai pada Januari lepas.
Sejak 18 Mac, sebanyak 9,071 kematian dan 34,853 kecederaan telah direkodkan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram