Dekorasi kediaman mesra haiwan, pencinta kucing wajib ambil tahu!


  • Hias
  • Isnin, 28 Jul 2025

Reka bentuk rumah yang bukan hanya cantik untuk manusia, tetapi selamat dan bahagia untuk haiwan kesayangan. – Gambar Hiasan/Freepik

BAGI sesetengah individu, rumah adalah tempat berteduh.

Manakala untuk yang lain pula, rumah adalah tempat berehat.

Tetapi lain pula bagi pencinta haiwan, rumah adalah dunia kecil yang dikongsi bersama makhluk berbulu kesayangan mereka.

BACA LAGI: Ilusi rumah Flovik cabar imaginasi, helah ruang bertingkat simpan rahsia tersembunyi

BACA LAGI: Elyana beri bayangan kembali bertarung melawan kanser, pertama kali didiagnos 16 tahun dulu

Perkongsian itu penuh kasih sayang, mainan dan pastinya bulu berada di mana-mana.

Namun, cabaran paling besar bagi ramai pemilik rumah ialah bagaimana untuk menyeimbangkan keperluan haiwan peliharaan tanpa menjejaskan estetika rumah?

Rumah tetap nak cantik, tetapi tidak sampai mengabaikan keselesaan dan keselamatan si comel.

Seni mencipta ruang bersama

Ramai masih beranggapan rumah yang cantik mesti bersih dari barang haiwan.

Namun itu semua tidak benar jika dengan susun atur dan pilihan yang betul, rumah kekal bergaya dan mesra haiwan dalam masa yang sama.

Kini, trend 'Pet-Friendly Home Design' menjadi salah satu arus utama dalam dunia dekorasi moden.

Ia bukan sekadar tentang ruang untuk tidur atau makan tetapi cerita bagaimana mencipta interaksi antara manusia dan haiwan dalam suasana harmoni.

Banyak rekaan litter box tertutup, malah ada yang disembunyikan dalam almari khas.

Lima kunci dekorasi mesra haiwan yang sangat estetik

1. Perabot tahan lasak tapi bergaya

Kucing suka mengasah kuku, manakala anjing pula gemar untuk bergolek.

Fabrik seperti microfiber atau kulit sintetik bukan sahaja tahan calar, tetapi mudah dibersihkan dan cepat kering jika terkena najis atau air liur.

2. Ruang mainan jadi dekorasi

Cat tree dan wall shelf untuk kucing kini direka dengan bentuk geometri, warna neutral dan kayu oak yang menjadikannya seakan karya seni moden.

Untuk anjing kecil, sudut mainan dengan rak rendah juga boleh 'blend' cantik dalam ruang tamu.

3. Litter box tersembunyi

Tiada siapa suka bau litter box, akan tetapi hari ini, ada banyak rekaan litter box tertutup, malah ada yang disembunyikan dalam almari khas atau diubahsuai dari kabinet dapur. 

Selesa untuk kucing dan tak mengganggu mata pemilik rumah.

Cat tree direka dengan bentuk geometri, warna neutral dan kayu oak menjadikannya seakan karya seni moden.

4. Karpet mesra tapak kaki 

Karpet anti-slip dengan corak neutral bukan sahaja menjadikan rumah lebih hangat, tetapi juga membantu haiwan peliharaan berjalan dengan lebih stabil.

Ia terutamanya bagi anjing tua atau kucing senior.

5. Rak simpanan mainan, makanan serta keperluan haiwan

Rak simpanan, bakul rotan atau kabinet tersusun akan menjadikan barangan haiwan kelihatan lebih kemas dan estetik. 

Gunakan label bergaya seperti tag kayu atau tulisan kapur untuk menambah sentuhan peribadi.

Snake plant sebenarnya beracun kepada kucing dan anjing.

Satu perkara yang sering terlepas pandang ialah tumbuhan dalam rumah. 

Ramai yang tidak sedar bahawa beberapa tanaman popular seperti lili, monstera dan snake plant sebenarnya beracun kepada kucing dan anjing.

Sebaliknya, tumbuhan seperti spider plant, calathea dan rumput kucing lebih selamat, paling penting tetap menaikkan suasana damai dalam rumah.

Reka bentuk yang baik bukan sahaja meraikan estetika, tetapi juga empati terhadap setiap nyawa yang bernafas di dalamnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram