
PAKAR Psilkologi, Marina Winberg baru-baru ini berkongsi satu ujian psikologi di media sosial yang melibatkan pemilihan warna gaun yang dikaitkan dengan ciri-ciri personaliti.
Ujian ini bukanlah alat diagnostik, tetapi sekadar mencerminkan keadaan emosi semasa seseorang.
Dalam ujian ini, anda perlu memilih satu daripada beberapa warna gaun yang terdiri daripada kuning, hijau, hitam, merah dan biru.
Pilihan anda kemudiannya dikaitkan dengan sifat seperti empati, kebijaksanaan, pemikiran mendalam, keterbukaan atau kepekaan.
BACA LAGI: Diuji kanser, mutasi genetik, 2 beradik buang organ, kurangkan risiko berulang
BACA LAGI: Debut anak sulung Bernard Chandran sebagai pereka, Tanestrran anggap detik penghargaan buat bapa
Setiap baju membawa maksud personaliti yang berbeza.
Cara menjawab ujian ini, anda perlu menutup mata seketika dan tenangkan fikiran. Kemudian lihat gambar beberapa warna gaun dan pilih satu yang paling menarik perhatian anda.
Baca maksud di bawah berdasarkan pilihan anda:
1. Gaun kuning
Melambangkan keterbukaan, baik hati dan mesra dengan orang sekeliling.
Orang yang memilih warna ini selalunya mempunyai empati tinggi, suka menjaga keharmonian dalam hubungan dan berpandangan positif.
Gaya komunikasi mereka mudah menarik perhatian orang lain.
2. Gaun hijau
Dikaitkan dengan kebijaksanaan, keyakinan diri dan pemikiran terbuka.
Mereka menghargai keseimbangan antara tradisi dan pemikiran sendiri. Individu ini biasanya berkebolehan untuk menganalisis sesuatu, berkarisma dan sering dikagumi orang sekeliling.
3. Gaun hitam
Mewakili sifat pendiam, suka berfikir dan memendam perasaan
Pilihan ini menunjukkan anda cenderung menyembunyikan emosi dan lebih banyak berfikir daripada bercakap.
Di sebalik penampilan yang tenang, anda memiliki dunia dalaman yang sangat kompleks.
4. Gaun merah
Melambangkan semangat, keberanian dan sifat kepimpinan.
Orang yang tertarik dengan warna ini biasanya memiliki keyakinan diri, sukakan cabaran dan bersikap aktif.
Mereka cenderung menjadi pemimpin secara semula jadi dan tidak mudah putus asa.
5. Gaun biru
Warna biru terkait dengan jiwa lembut, suka berangan dan mudah tersentuh.
Mereka yang memilih biru biasanya kreatif, penuh imaginasi dan menghargai hubungan emosi yang mendalam.
Namun, mereka juga mudah tersentuh dan perlukan sokongan emosi daripada orang lain.
Adakah tepat hasil ujian ini untuk anda?
Jika hasil ujian tepat menggambarkan diri anda, anggaplah ini satu peluang untuk mengenali emosi anda sekarang.
Tetapi jika sebaliknya, jangan risau kerana seperti yang Marina katakan, hasil ujian hanyalah gambaran perasaan dan sikap anda pada masa ini dan ia boleh berubah bergantung kepada situasi hidup semasa. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram