Rias solekan tebal, stail 'bangs' Scha Alyahya pikat perhatian 'followers'


  • Gaya
  • Ahad, 03 Ogos 2025

Scha memuat naik video bersiap dengan solekan sedikit lebih tebal daripada kebiasaannya sambil mengenakan 'bath robe' berwarna hot pink. — Instagram/@schaalyahya

SERING memuat naik video bersiap memperlihatkan rutin solekan, pelakon dan model, Scha Alyahya kali ini berkongsi sebuah video di Instagram menampilkan dirinya dengan gaya mekap sedikit lebih tebal daripada kebiasaan.

Perkongsian tersebut dilakukan bagi memenuhi permintaan segelintir pengikutnya yang ingin melihat beliau tampil dengan solekan lebih menonjol berbanding gaya natural yang sering menjadi identitinya selama ini.

"Kak Scha cuba ya," ujar ringkas Scha pada ruangan kapsyen.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Berdosa ke tak boleh maafkan ayah sendiri', getar suara wanita kongsi kisah bapa enggan jadi wali, abai sejak kecil

BACA LAGI: [VIDEO] 'Ini baru 1 Malaysia', ragam keluarga 'Chindian', Melayu fasih tutur bahasa Tamil raih perhatian warga maya

Scha sering tampil ringkas dalam gaya harian. — Instagram/@schaalyahya

Dalam video tersebut, Scha atau nama sebenarnya Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya, 42, dilihat menggunakan kira-kira 13 produk solekan pada wajahnya, termasuk untuk bibir.

Namun begitu, rata-rata pengikut berpendapat hasilnya masih kelihatan 'natural'.

“Kulit cantik, foundation sikit pun dah ‘onzzz’,” tulis @nadiah_othman.

“Masih menunggu di mana ‘tebal’-nya tapi tetap cantik,” seloroh @nithiyadarshini88.

“Tetap tak tebal, tetap cantik,” komen @norliansali.

Scha kemudian membalas bahawa ia sudah dianggap tebal sekiranya menggunakan celak.

Selain solekan, gaya rambut baharu Scha dengan potongan fringe atau bangs turut menjadi perhatian.

“Orang cantik potong rambut begitu pun tetap cantik,” kata @ptralyakrm.

“Aduhai, hanya Scha yang mampu menggayakan potongan rambut bangs seperti itu dengan begitu cantik,” puji @zuraidahjamari. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram