
SEMPENA sambutan Hari Ibu yang dirai setiap 11 Mei, jenama barang kemas mewah dari Itali, Bvlgari, memilih Scha Alyahya sebagai wajah utama kempen khas yang meraikan erti keibuan, simbol kasih sayang, ketabahan dan pengorbanan dalam kehidupan seorang wanita.
Scha, atau nama sebenarnya Sharifah Nor Azean binti Syed Mahadzir Al-Yahya, 42, tampil anggun dalam koleksi eksklusif Serpenti daripada Bvlgari, yang diinspirasikan daripada kekuatan dan keanggunan ibu moden.
Ibu kepada dua orang anak itu menggayakan rantai Serpenti Seduttori bertatah batu nilam dan berlian pavé, dipadankan dengan dua cincin Serpenti Viper.
BACA LAGI: Rai ibu tersayang dengan hadiah haruman bersama jambangan bunga
BACA LAGI: Bacaan ringkas, mudah diamalkan! Mustajab doa ibu bapa, senjata ampuh bentuk kehidupan anak-anak
Pasangan selebriti ini mendirikan rumah tangga pada 4 Mei 2012. — Bvlgari
Penampilannya dilengkapi gelang Serpenti Viper dan jam tangan Seduttori, manakala subang Serpenti Viper menambah sentuhan sofistikated, melambangkan kelembutan serta keteguhan jiwa seorang ibu.
Turut menjayakan kempen tersebut, suami Scha yang juga pelakon, Awal Ashaari, 44, tampil bergaya dengan rantai, gelang dan cincin Serpenti Viper dalam emas putih.
Rekaan bergaris bold dan kemas itu menyerlahkan sisi maskulin dan mewah.
Penampilannya disempurnakan dengan jam tangan Octo Finissimo, diperbuat daripada keluli tahan karat berkilau satin, berstruktur ultra nipis dan dilengkapi paparan belakang telus yang melambangkan ketepatan masa dan keindahan momen bersama keluarga.
Sekadar info, pasangan berkenaan mendirikan rumah tangga pada 4 Mei 2012 dan dikurniakan dua anak perempuan, Lara Alana dan Lyla Amina.
Scha turut dikenali sebagai ikon fesyen tanah air. Walaupun sibuk dengan kerjaya, beliau sentiasa mengutamakan kedua-dua puterinya.
Sebelum ini, beliau pernah memperagakan koleksi pereka terkenal Alia Bastamam semasa Minggu Fesyen Dubai dan kerap menjadi undangan ke pelbagai acara fesyen antarabangsa. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram