
SEBUAH video pendek memaparkan sebuah keluarga berketurunan campuran Cina, India dan Melayu fasih berbahasa Tamil menjadi tular di media sosial selepas dimuat naik oleh pengguna TikTok, Ayien Elvina di akaunnya.
Video berdurasi kurang dua minit itu menunjukkan interaksi spontan Ayien bersama ibu dan bapanya yang secara santai memperkenalkan latar belakang keluarga mereka.
Menurut Ayien, bapanya yang berdarah campuran Cina dan India (Chindian) menggunakan bahasa Tamil sebagai bahasa utama dalam keluarga mereka, manakala ibunya pula berketurunan Melayu sepenuhnya.
BACA LAGI: [VIDEO] Sentuh kelopak bunga sebelum masuk rumah ibarat terapi buat Nabila hilangkan tekanan
BACA LAGI: Tak perlu berhenti kerja, wanita puaskan minat jadi pemandu pelancong sambilan
Menerusi rakaman itu, bapanya menyatakan bahawa walaupun beliau berketurunan campuran, beliau membesar menggunakan bahasa Tamil sebagai bahasa perantaraan.
"Memang dari kecil diajar bertutur dalam bahasa Tamil," kata Ayien dalam video tersebut.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna memuji keunikan keluarga tersebut yang dianggap mencerminkan keharmonian masyarakat berbilang kaum di Malaysia.
"Bayangkan jika semua gadis Melayu secantik beliau, bijak, mempunyai pemikiran yang baik serta beradab dan boleh bertutur dalam bahasa Tamil, hubungan dengan masyarakat pasti akan jadi luar biasa," komen @mahadev9871.
“Ini baru satu Malaysia,” tulis ringkas @mugendranselvam.
“Wah, tengok drama Tamil tak perlu pakai sari kata. Mesti best kan,” komen @lindadarus83.
Selain kebolehan bertutur dalam Tamil, Ayien turut mendapat perhatian kerana rupa parasnya yang cantik. Malah, wajah ibu bapanya juga turut menerima pujian.
“Seronoknya keluarga berdarah campuran. Anak pun lawa, fasih banyak bahasa,” kata @nurrfatimaa.
“Patutlah anak pun cantik. Saya benar-benar hormat kepada ayah anda kerana mengajar anda bahasa Tamil,” ujar @black.stallion.bhairava.
"Cantik mak. Rupa ayah awak nampak macam orang Melayu. Kalau tak diberitahu beliau chindian, memang orang akan ingat beliau Melayu sepenuhnya," jelas @vimakrishnan72.— Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti diTwitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram