[VIDEO] 'Cinta sejati anak perempuan', bapa cekal tunggu anak pulang kerja sampai lewat malam


  • Maya
  • Jumaat, 01 Ogos 2025

Tangkap layar seorang bapa cekal menunggu dan menyambut kepulangan anaknya dari kerja setiap hari.

TULAR di media sosial baru-baru ini, satu video menyentuh hati memaparkan seorang bapa sanggup menunggu anaknya pulang kerja setiap hari.

Walaupun malam semakin larut, si ayah tetap setia menanti tanpa mengeluh, demi memastikan keselamatan anaknya.

Tindakan individu tersebut menjadi lambang kasih sayang sejati dan tanggungjawab tanpa batas biarpun anaknya sudah melangkah ke alam pekerjaan.

BACA LAGI: Sebelum Ronaldo, Mawi lagi awal ada syiling muka sendiri, sanggup beli semula walau harga tinggi

BACA LAGI: [VIDEO] Merantau ke Sydney 3 tahun, wanita syukur dikurniakan tuan rumah baik hati seperti keluarga sendiri

Menerusi perkongsian itu, perbualan teks WhatsApp dua beranak tersebut jelas terpancar kasih sayang dan pengorbanan sang bapa.

"Jiha balik pukul 6.30, sejam lagi ni kebas ayah duduk atas motosikal, Jiha balik lambat ni," kongsinya menerusi video tersebut.

Momen itu nyata menyentuh hati ramai warga maya yang rata-ratanya mengenang kembali pengorbanan ibu bapa masing-masing. 

Malah, tidak kurang juga yang memuji tindakan si bapa sebagai contoh teladan dalam mendidik erti tanggungjawab dan cinta keluarga yang tulus.

"Satu-satunya cinta sejati anak perempuan, itulah dia seorang ayah," kata Razali.

"Rindu ayah saya, dulu macam ni la ayah akan tunggu sampai saya balik kerja, lambat macam mana pun dia akan tunggu dan pergi pun dia yang hantarkan tapi tak pernah mengeluh," ujar Shella Kamaruddin.

"Pilih calon suami yang macam ayah kamu nak, dalam dunia ni tak ada lelaki yang sanggup bersusah payah seperti ayah, cinta pertama anak perempuan," tambah Sharifah Farihah.

"Percayalah sepanjang hari dia menunggu, tak ada perkataan mengeluh pun, semoga pahala buat insan yang bergelar bapa," kata Noor Hidayah.

Situasi itu wajar dicontohi kerana bukan semua kasih sayang diluahkan dengan ucapan, sebaliknya ia juga boleh ditunjukkan melalui kelakuan kecil yang sarat dengan nilai pengorbanan. 

Maka, hargailah setiap detik bersama ibu bapa kerana kasih seorang ayah, tiada galang gantinya bahkan kekal abadi hingga ke syurga. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram