[VIDEO] 'Biar kulit hitam, bukan hati hitam', Fila Amir dan suami tangkis tohmahan anak haram


  • Bonda
  • Sabtu, 02 Ogos 2025

Fila Amir dan suami kini semakin bahagia di samping cahaya matanya, Assara Adama Camara.

PEMPENGARUH dan usahawan, Nur Afilah Amir Rusdi tampil bersuara mempertahankan anak sulungnya, Assara Adama Camara selepas warga maya melemparkan tuduhan tidak berasas terhadap wajah anaknya yang dikatakan tidak menyerupai bapa, Adama.

Menerusi satu rakaman video, wanita yang lebih dikenali sebagai Fila Amir itu meluahkan rasa kecewa apabila ada pihak yang mendakwa anaknya bukan hasil hubungan sah suami isteri.

“Masuk-masuk dalam siaran langsung tiba-tiba cakap bayi anak haram. Eh? Kau yang perangai macam haram! Nasib tak sempat screenshot sebab live kena banned. Kalau tak, sampai lubang cacing aku cari. Ini baru sikit yang aku tunjuk.

"Banyak lagi komen biadab. Paling tak faham, orang yang dah kena block pun gigih pergi komen dekat video orang lain pasal anak kami,” katanya.

BACA LAGI: 'Dah tak ada orang boleh hina kita lagi', selepas ketepikan impian sendiri selama 15 tahun demi adik-adik yatim piatu, abang akhirnya genggam ijazah

BACA LAGI: [VIDEO] 'Duit kami sentiasa bagi', anak sulung Cik Da tampil bersuara, bongkar sebab sebenar ibu hidup sendirian dalam hutan

Fila mengakui sudah lali dengan kritikan sejak hari pertama mendirikan rumah tangga. 

Namun, apabila anak yang baru dilahirkan turut menjadi sasaran, beliau berasakan perbuatan itu sudah melampaui batas.

“Daripada mula kahwin sampai sekarang dah biasa kena kecam. Tapi ini sampai tahap kutuk budak kecil. Kenapa perlu cakap macam tu? Tak baik.

“Kami berusaha selama tujuh tahun nak dapatkan zuriat. Melalui proses persenyawaan in-vitro (IVF) yang memerlukan prosedur sah yang menggunakan sperma suami, mesti pasangan sah, kena tandatangan macam-macam dokumen. Bukan sesuka hati," katanya. 

Turut tampil memberikan kenyataan ialah suaminya, Adama yang mempertahankan isterinya dan menolak sekeras-kerasnya komen berunsur kutukan fizikal terhadap anak mereka.

“Ini anak kami. Kami bahagia dengan dia. Kami tak kisah dia hitam ke, kuning ke atau putih ke. 

"Awak tak malukan kami, awak malukan diri sendiri,” kata Adama.

Fila turut menambah dengan nada sinis dengan menyentuh isu warna kulit yang sering dijadikan bahan ejekan.

“Boleh pula ada yang cakap alhamdulillah putih. Habis tu kalau hitam? Nak cakap nauzubillah ke?" katanya. 

Isu tersebut mengundang perhatian ramai warganet yang tampil menyatakan sokongan kepada pasangan berkenaan.

Rata-rata mengecam tindakan sesetengah pihak yang sanggup mempersoalkan rupa fizikal seorang bayi yang tidak bersalah.

"Kenapa ramai orang Melayu yang biadap ni," soal Nma_Piscina

"Syukur kulit hitam. Bukan macam mereka yang hati hitam," tulis Iwana Ghani

"Memang ramai pembuli, kurang ajar sangat mulut tu. Sepatutnya saman sahaja mereka ni," tulis Masz Mua. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram