[VIDEO] 'Duit kami sentiasa bagi', anak sulung Cik Da tampil bersuara, bongkar sebab sebenar ibu hidup sendirian dalam hutan


  • Bonda
  • Jumaat, 01 Ogos 2025

Aty tampil memberi penjelasan berkait ibunya yang tular tinggal bersendirian di hutan.

TULAR di media sosial baru-baru ini kisah menyayat hati tentang seorang wanita dikenali sebagai Siti Aida atau lebih mesra dipanggil Cik Da yang ditemui tinggal bersendirian dalam pondok usang yang terletak di hutan. 

Rakaman video yang dimuat naik aktivis kebajikan, Abbe Hae memperlihatkan keadaan tempat tinggal Cik Da hanya beratapkan zink tanpa dinding dan pintu di kawasan terpencil berhampiran sungai kecil.

Walaupun ada pihak menyalahkan anak-anak kerana dikatakan membiarkan ibu mereka hidup dalam keadaan sedemikian, hakikatnya kisah di sebalik penderitaan Cik Da jauh lebih rumit dan menyentuh hati.

BACA LAGI: [VIDEO] Anak belajar piano, suka berlakon, Misha Omar tetap tekankan akademik teras agar seimbang

BACA LAGI: [VIDEO] Masih serumah dalam tempoh iddah, bukan semua perceraian boleh rujuk dengan sekadar lafaz sahaja

@tema0mar Replying to @Tzshop thank you awak for sharingggg alhamdulillah #hssmy #bytema #sulphursoap #sulphurcream #acne #sensitiveskin #skincaremalaysia bunyi asal - temaomar | harrogate malaysia

Bagi mengelak salah faham serta tohmahan melulu, majikan kepada anak sulung Cik Da, iaitu Tema Omar tampil memberikan penjelasan menerusi satu rakaman video bersama anak sulung Cik Da, Aty yang kini berusia 23 tahun dan merupakan salah seorang staf di syarikat Harrogate Malaysia.

Menurut Aty, ibunya sebelum ini merupakan seorang jururawat di Gua Musang dan terakhir berkhidmat pada 2018. 

Namun, hidupnya mula berubah selepas melalui penderaan dalam rumah tangga serta tekanan kewangan yang teruk sehingga memaksanya melakukan pelbagai kerja berat, termasuk memanjat pokok kelapa untuk menampung beban hutang.

“Waktu tu mak jatuh dari pokok kelapa... dia dalam pantang lepas bersalin anak bongsu. Lepas tu mak koma di hospital USM (Universiti Sains Malaysia) Kelantan. Bila sedar, mak dah tak stabil iaitu emosi dia terganggu, ada anak dia ingat, ada yang dia tak,” kata Aty.

Lebih menyedihkan, Aty menjelaskan bahawa ibunya tidak mahu tinggal bersama anak-anak kerana bimbang akan menyakiti mereka secara emosi.

“Mak saya pernah cakap, dia tak nak duduk dengan anak-anak sebab dia tak nak sakitkan hati anak-anak dia dengan perkataan yang keluar daripada mulut dia waktu dia sakit," katanya. 

Aty turut menjelaskan bahawa ibunya kini menghidap masalah kesihatan mental yang semakin teruk.

Walaupun keluarga pernah cuba membawa Cik Da pulang, wanita itu tetap memilih untuk hidup sendirian di hutan.

“Kami dah cuba ajak mak duduk sekali, tetapi dia tak nak tinggal dengan kami, kami tetap hubungi dia, tetap bagi duit. Tapi mak jenis tak boleh duduk diam, dia perlu bekerja. Kalau tak, dia sendiri boleh alami mental breakdown,” katanya.

Akibat situasi yang getir, empat daripada tujuh adik-beradik Aty kini di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Aty juga merupakan ibu kepada dua orang anak dan suaminya bekerja sebagai anggota RELA. 

Mereka berdepan dengan cabaran besar untuk menguruskan kehidupan, lebih-lebih lagi dari segi kewangan dan kesihatan.

Tema Omar menegaskan bahawa orang luar tidak seharusnya membuat andaian tanpa mengetahui kisah sebenar yang berlaku dalam keluarga Aty.

“Saya sendiri lihat Aty breakdown sebab orang tuduh dia tak jaga mak. Netizen komen macam-macam, maki hamun dalam DM. Tapi kita tak tahu realiti hidup mereka. Ada juga isu penagihan dalam keluarga yang memburukkan lagi keadaan.

“Apapun yang terjadi, mak tetap mak. Kasih sayang seorang ibu itu bawa ke syurga,” kata Tema sambil menyeru orang ramai agar berhenti menghakimi tanpa usul periksa. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram