
TREND denim untuk tahun 2025 semakin jelas di pentas fesyen. Jika anda sangka seluar skinny akan membuat kemunculan semula yang besar, anda silap.
Sebenarnya, gaya denim longgar kembali mendominasi, terutamanya dalam rona gelap seperti indigo dan kelabu.
Malah, Bottega Veneta memperkenalkan denim yang kelihatan seperti seluar kain potongan longgar yang menjanjikan keselesaan maksimum tanpa menjejaskan gaya.
BACA LAGI: Luna Maya pilih tema 'Matahari dan Bulan', resepsi unik siap ada gelanggang tenis dalam dewan
Namun, denim potongan lebih langsing masih ada tempatnya. Valentino di bawah sentuhan Alessandro Michele menampilkan seluar lurus yang mengikut bentuk kaki, tanpa terlalu ketat.
Dari segi potongan pinggang pula, seluar berpinggang sederhana dan rendah kembali diminati, termasuk beberapa rekaan unik seperti potongan melengkung dari Schiaparelli.
Jaket denim pula diperbaharui dengan elemen dramatik. Contohnya, versi dihiasi kristal oleh Simone Rocha dan jaket besar ala Sacai.
Tahun ini juga menyaksikan tali pinggang sebagai aksesori penting, dipakai bersama seluar pinggang rendah untuk menampilkan gaya ringkas.
Trend mungkin berubah-ubah, tetapi denim terbaik kekal sebagai pilihan harian yang boleh dipakai bertahun-tahun.
Justeru, jangan beli ikut trend semata-mata, melainkan anda yakin ia boleh dipakai dalam pelbagai musim.
Di bawah ini adalah senarai sembilan gaya denim yang patut anda pertimbangkan untuk tahun akan datang:
1. Jorts
Seluar pendek denim (jorts) terus menjadi pilihan untuk musim panas. Sama ada longgar, potongan slim, labuh atau paras lutut, jorts menjadi alternatif selesa dan bergaya menggantikan jeans biasa.
2. Denim santai
Di Bottega Veneta, Matthieu Blazy tampilkan denim yang ringan dan lebih lembut, sesuai dipadankan dengan kemeja flanel longgar. Hasilnya, jeans boleh dijadikan pakaian santai yang selesa.
3. Berpinggang rendah dan bertali pinggang
Gucci memaparkan gaya ‘jet-set’ moden, iaitu seluar longgar, tali pinggang nipis, tank top dan kot labuh. Ia menjadi gaya kasual yang tetap kelihatan mewah.
4. Jaket denim moden
Simone Rocha memperkenalkan jaket denim indigo dengan potongan kemas dan dihiasi kristal, sesuai untuk mereka yang mahukan gaya feminin dalam potongan klasik.
5. Denim berinspirasi parti
Stella McCartney menampilkan set denim dengan kemeja separa butang dan jeans berkilauan. Anda juga boleh cipta gaya sendiri dengan menambah hiasan pada denim sedia ada.
6. Denim rona gelap
Denim berona gelap seperti hitam, kelabu dan indigo dengan jahitan kontras semakin digemari. Chanel menggabungkan jeans dan jaket denim dalam gaya mewah lengkap dengan reben besar di leher.
7. Potongan lurus klasik
Valentino membawa elemen praktikal melalui seluar lurus dalam koleksi romantik Alessandro Michele. Beliau sendiri menutup pertunjukan dengan memakai jeans potongan serupa.
8. Denim koyak dan bertekstur
Gaya denim koyak kembali melalui koleksi MM6 Maison Margiela yang mengetengahkan kesan cat kering dan jahitan berbelah menampakkan tekstur lusuh.
9. Pinggang unik
Tidak hanya tentang tinggi rendah pinggang, malah bentuknya juga berubah. Di Schiaparelli, Kendall Jenner menggayakan jeans dengan potongan melengkung di depan dan belakang.
Jenama lain seperti Y/Project, JW Anderson dan Agolde turut bermain dengan bentuk asimetri. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram