'Wishlist' fesyen terhangat musim ini, 'personal shopper' dedah 7 item terima permintaan tertinggi selebriti


  • Gaya
  • Sabtu, 02 Ogos 2025

Dari kiri; beg rambu Prada, beg Loro Piana dan jean Loewe.

SENARAI terbaru dari personal shopper selebriti, Gab Waller, menunjukkan apa yang paling banyak diminta oleh klien A-list musim ini.

Daripada beg crochet sehinggalah jaket kulit, inilah antara pilihan paling hangat ketika ini.

BACA LAGI: Senarai 6 gaun catat rekod lelongan termahal, pernah menjadi miliki puteri raja, bintang filem

BACA LAGI: Kekok, tak biasa ke pertunjukan fesyen, tapi mak ayah tetap beri sokongan dari bilik hotel — Hatta Dolmat

1. Beg 'clutch' rambu Prada 

Beg tangan dengan tekstur 'fringe; ini diperbuat daripada material viskos dengan rumbai berwarna-warni yang memberi sentuhan romantis untuk musim panas. Tak minat rona merah jambu? Prada turut menawarkannya dalam hijau ceria dan biru lembut.

2. Sandal corak hariau Alaïa

Rekaan ringkas tapi menjadi rebutan! Versi bertumit ini lebih popular berbanding sandal ratanya. Diperbuat daripada kulit kuda bercorak harimau dengan tali sandal klasik, ia menggabungkan gaya dan keselesaan dalam satu langkah penuh yakin.

3. Beg uncang Saint Laurent 

Beg dari material 'baroque jacquard' ini ialah pilihan tepat untuk majlis malam. Gabungan warnanya cukup ikonik buat Saint Laurent. Warna merah untuk yang gemar aura misteri, versi fuchsia menambah drama pada gaya anda.

4. Beg klasik Loro Piana

Edisi mini bagi gaya signatur Loro Piana ini direka untuk acara istimewa mahupun penampilan harian yang elegan. Diperbuat daripada kulit halus dengan tekstur licin dan jahitan kemas, ia adalah lambang sofistikasi moden.

5. Jaket berjalin Bottega Veneta  

Jaket potongan 'boxy' ini dihasilkan daripada kulit lembut buatan Itali, lengkap dengan kolar mudah laras yang mana ianya boleh tanggal. Tekstur kolar dari anyaman ikonik Intrecciato, jelas sekali ia antara pelaburan gaya paling berbaloi musim ini. 

6. Beg kait Miu Miu

Beg crochet dengan kemasan suede di bahagian luar, lining tekstil dan hardware berwarna emas ini menyerlahkan mood yang moden, playful dan penuh personaliti.

7. Jeans longgar Loewe 

Loewe memang pakar dalam mencipta siluet seluar yang berbeza. Jeans 'loose' dari material mohair wool ini hadir dengan potongan 'draped' yang diolah tidak simetri, pastinya mencuri tumpuan.  — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram