[VIDEO] Beli mekap di kaunter kecantikan, farmasi atau dalam talian? Ini lokasi 'shopping' pilihan ramai


  • Gaya
  • Jumaat, 01 Ogos 2025

Membeli barangan mekap secara fizikal di kedai farmasi menjadi pilihan buat rata-rata penggemar dunia kecantikan di Malaysia. — Gambar hiasan/Freepik

MEKAP dan penjagaan kulit menjadi antara rutin penting dalam kehidupan ramai wanita masa kini.

Tidak kira untuk penampilan harian, urusan kerja atau acara khas, memiliki produk kecantikan yang sesuai mampu meningkatkan keyakinan diri.

Dengan pelbagai jenama dan pilihan yang ditawarkan di pasaran, ramai pengguna kini cenderung membeli produk mekap dan penjagaan diri melalui platform fizikal seperti farmasi yang mudah diakses.

BACA LAGI: Kerja 100 jam seminggu, Kimberly Ho tinggalkan Wall Street, lancar produk penjagaan kulit pikat Gen Alfa

BACA LAGI: [VIDEO] Merantau ke Sydney 3 tahun, wanita syukur dikurniakan tuan rumah baik hati seperti keluarga sendiri

Tidak kurang juga yang memanfaatkan platform dalam talian yang dianggap lebih mudah dan menjimatkan masa.

Empat wanita berbeza latar belakang berkongsi platform mereka membeli produk kecantikan dan rata-rata daripada mereka memilih farmasi runcit seperti Watsons dan Guardian.

Bagi pempengaruh Noor Fatehah Mohd Aliff Choo, 31, beliau memilih Guardian sebagai lokasi utama kerana terdapat jenama kegemarannya di situ.

Baginya, produk seperti gincu adalah satu keperluan dan beliau tidak meletakkan had perbelanjaan jika terdapat tawaran menarik.

"Kebiasaannya, saya memang wajib beli gincu tak kira la jenama apa," katanya kepada Majoriti.

Bagi Sharatul Amirrah Othman, 39, celak atau eyeliner menjadi item wajib dalam rutin kecantikannya.

“Saya suka beli di farmasi dan sekarang memang gemar jenama Catrice. Untuk produk solekan, saya biasanya belanja sekitar RM200 dalam tempoh tiga bulan,” ujarnya yang juga ibu kepada empat orang anak.

Berbeza pula dengan Syaza Elliyana Mohd Najid, 20, yang memilih farmasi sebagai lokasi utama kerana kecenderungan terhadap jenama tertentu.

“Saya selalu beli foundation dan gincu jenama Barenbliss. Saya suka lipgloss dan maskara mereka juga,” jelasnya yang membelanjakan RM100 bagi tempoh sebulan.

Sementara itu, pempengaruh, Aliya Azmi lebih fleksibel dalam pilihan produk dan perbelanjaannya.

“Saya suka beli macam-macam di farmasi, tapi pemerah pipi memang kegemaran saya. Kalau saya suka sesuatu produk, saya beli saja. Tak pernah ada had tetap,” katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram