Ternanti-nanti jodoh? Ramai tak tahu doa ini mampu jadi kunci pasangan soleh dan solehah


  • Cinta
  • Jumaat, 01 Ogos 2025

Setiap manusia pasti mengimpikan berkahwin dengan pasangan yang tepat. — Gambar Hiasan

SETIAP insan pasti ternanti-nanti saat dipertemukan dengan jodoh yang mampu menjadi pelengkap hidup.

Namun, mencari pasangan yang tepat bukan sekadar soal kebetulan atau nasib semata-mata, tetapi satu perjalanan penuh yang memerlukan doa, usaha dan tawakal kepada ALLAH SWT.

Dalam islam, banyak doa yang mampu menjadi panduan dan kekuatan hati buat seseorang.

Kita diajar untuk memohon jodoh yang bukan hanya cantik di mata, tetapi juga membawa ketenangan jiwa, keberkatan dan kebahagiaan dunia akhirat.

BACA LAGI:'Zara rindu, sayang mama', rakaman suara Zara Qairina bongkar fitnah kejam, nafikan tuduhan arwah benci ibu

BACA LAGI:Rizab Diraja Putera Mohammed Salman perkenal pasukan Renjer Laut Wanita Pertama di Timur Tengah

Menanti cinta yang tepat memerlukan usaha dan doa kepada ALLAH SWT. Gambar Hiasan

Berikut beberapa doa yang dapat dijadikan sebagai ikhtiar terbaik dalam mencari jodoh yang diidamkan.

Doa Nabi Zakaria: Memohon zuriat dan jodoh yang berkat

Salah satu doa yang sangat terkenal dalam konteks memohon jodoh adalah doa Nabi Zakaria dalam Surah Al-Anbiya, ayat 89.

Baginda merayu kepada ALLAH SWT agar tidak dibiarkan sendirian tanpa zuriat, yang dapat mewarisi peranan dan keberkatan.

Ayat yang berbunyi:

زكرِيآ إِذ نادىٰ ربهُۥ ربِ لا تذرنِى فردۭا وأنت خيرُ ٱلوٰرِثِين ٨٩

“Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkaulah sebaik-baik yang mewarisi.” (Surah Al-Anbiya, ayat 89)

Doa ini bukan sahaja sesuai untuk mereka yang mencari jodoh, tetapi juga bagi pasangan yang menanti kehadiran anak sebagai penyambung legasi.

Doa dalam Surah Al-Furqan: Memohon pasangan dan keturunan penyejuk mata

Dalam Surah Al-Furqan, ayat 74, terdapat doa yang indah dipanjatkan oleh orang-orang yang beriman agar dikurniakan pasangan dan keturunan yang menjadi penyejuk hati serta pemimpin bagi orang bertakwa.

Ayat tersebut menyebut:

ٱلذِين يقُولُون ربنا هب لنا مِن أزوٰجِنا وذُرِيـٰتِنا قُرة أعيُنٍۢ وٱجعلنا لِلمُتقِين إِماما

“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati kami, dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertakwa.” (Surah Al-Furqan, ayat 74)

Doa itu mengingatkan kita bahawa jodoh yang baik bukan sekadar menemani hidup, tetapi menjadi sumber ketenangan jiwa, membawa kebahagiaan dan menjadi teman yang mampu memimpin ke jalan yang diredhai ALLAH.

Doa Nabi Musa: Memohon rezeki termasuk jodoh

Doa dari Surah al-Qasas, ayat 24 yang dipanjatkan Nabi Musa juga boleh dijadikan amalan untuk memohon kebaikan dan rezeki, termasuk jodoh yang baik.

Doanya berbunyi:

فسقىٰ لهُما ثُم تولىٰٓ إِلى ٱلظِلِ فقال ربِ إِنِى لِمآ أنزلت إِلى مِن خيرٍۢ فقِيرۭ

“Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku sangat berhajat kepada sebarang rezeki pemberian yang Engkau berikan.” (Surah al-Qasas, ayat 24)

Jodoh adalah sebahagian daripada rezeki ALLAH yang amat berharga.

Dengan istiqamah membaca doa ini, insya-ALLAH, ALLAH akan mempermudahkan urusan mencari pasangan yang terbaik untuk kita.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti diTwitter,Facebook,Instagram,WhatsApp ChanneldanTelegram