
DALAM perkahwinan kedua, cinta yang hadir menuntut pemahaman yang jelas tentang peranan dan batasan, terutamanya apabila ia melibatkan anak dan bekas pasangan.
Jika hal itu tidak dijaga dengan sebaiknya, ia mungkin mengundang masalah atau mengguris hati pasangan.
Baru-baru ini, seorang wanita meluahkan rasa terkilan apabila suaminya merancang sambutan ulang tahun anak perempuannya bersama bekas isteri yang berusia lapan tahun tanpa menjemputnya untuk turut serta.
BACA LAGI: 'Bukan sekadar romantik, terapi jiwa', pakar jelas 5 kebaikan suami isteri berpelukan
Acara tersebut hanya melibatkan tayangan filem dan menikmati aiskrim yogurt bersama beberapa orang rakan anak itu.
Apa yang menimbulkan persoalan ialah, sebagai isteri sah sekarang, wanita itu langsung tidak dijemput menghadiri acara tersebut, walaupun ia berlangsung berhampiran rumah mereka.
“Saya tidak sakit, tidak menolak untuk hadir. Saya memang tidak dijemput langsung. Adakah itu wajar?” katanya.
Tampil menjelaskan hal itu, pakar hubungan kekeluargaan, Dr Jann Blackstone berkata, tindakan tersebut adalah tidak sesuai dari sudut ex-etiquette iaitu garis panduan beradab antara bekas pasangan selepas perceraian.
“Ya, bekas isteri ialah ibu kepada anak tersebut. Permintaan ini mungkin datang dari anak. Tetapi jika pasangan sekarang tidak dijemput langsung sedangkan ibu kandung hadir, itu tetap tidak wajar,” katanya.
Sambutan ulang tahun itu dibuat berhampiran rumahnya.