[VIDEO] Foto pada skrin telefon jadi sumber inspirasi, selebriti kongsi cerita di sebalik gambar 'locksreen' mereka


  • Gaya
  • Selasa, 22 Jul 2025

Foto 'lockscreen' pada telefon Sherry Al Hadad (kiri), Jeslina Hashim dan Sweet Qismina menyimpan kisah tersendiri.

BAGI sesetengah orang, gambar skrin telefon hanyalah hiasan.

Namun bagi beberapa selebriti wanita tanah air, imej di kunci skrin mereka membawa makna tersendiri.

Ada yang menjadikan ia simbol kasih sayang, inspirasi diri dan ada juga sebagai medium untuk mengabadikan kenangan.

BACA LAGI: [VIDEO] Apa salah Che Nom? Peguam tegaskan pemilik bisnes perlu ada 'hitam putih' walau dengan ahli keluarga

BACA LAGI: [VIDEO] Minum air sejuk lepas bersalin punca rahim jatuh hanya mitos, Dr. Amalina pesan hormati budaya, tapi jangan takut ilmu

 

 

Bagi pelakon, Sweet Qismina atau nama sebenarnya Farhana Qismina Supandi, 28, mendedahkan bahawa pilihan latar telefonnya sering berubah mengikut emosi dan keadaan hariannya.

"Sejujurnya, saya mempunyai banyak gambar latar belakang dan ia akan bertukar bergantung kepada mood saya. Macam sekarang, saya perlukan sesuatu yang tenang dan gembira selepas tamat penggambaran yang panjang," katanya kepada Majoriti sambil menunjukkan gambar seekor kucing berwarna putih yang dikelilingi dengan bunga-bungaan merah jambu.

Beliau juga sempat berkongsi beberapa keping gambar yang dijadikan sebagai latar belakang telefon termasuk fotonya bersama suami yang juga pelakon serta bunga ros.

“Kalau hati sedang berbunga-bunga, ada gambar bunga ros. Kalau lebih sayang suami, saya guna gambar suami. Kalau setenang-tenangnya, saya letak gambar laut,” tambahnya.

Sementara itu, isteri kepada pereka Rizman Nordin, Nurida Suraya Mohd Suhaimi, 36, pula memilih untuk menggunakan gambar kedua-dua anaknya sebagai sumber semangat utama.

"Apa pun yang kami lakukan mesti ada tujuan. Untuk saya, tujuan saya adalah untuk anak-anak saya. Mereka memberikan kekuatan dan semangat untuk saya jadi orang yang lebih baik," kongsinya.

Berbeza dengan pelawak, pelakon dan pengacara, Sharifah Mariam Syed Abdullah Al-Hadad atau lebih dikenali sebagai Sherry Alhadad, 41, memilih gambarnya sendiri sebagai bentuk motivasi untuk kembali ke bentuk badan yang dianggapnya lebih ideal.

"Saiz badan saya pada ketika ini agak kecil berbanding sekarang. Saya jadikan ia sebagai inspirasi saya untuk mencapai berat badan ideal. Mungkin saya perlu diet tapi sehingga kini belum diet lagi," katanya seloroh.

Manakala penyanyi dan pelakon, Che Puan Jeslina Hashim, 47, memilih kenangan bersejarah sebagai paparan utama skrin telefonnya.

Menurut beliau, gambar tersebut diambil semasa kunjungannya ke kuil Abu Simbel, Mesir pada tahun 2019.

"Skrin telefon saya sangat istimewa. Ia adalah gambar saya di Abu Simbel, Egypt.

“Skrin saya sangat istimewa. Ia adalah gambar saya di Abu Simbel, Egypt. Pada 2019, saya bersama lima orang rakan wanita melawat semua kuil yang cantik di sana dan ini (Abu Simbel) antara kuil yang paling saya suka," ceritanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram