
PASANGAN suami isteri pempengaruh dan usahawan, Hafiz Mahamad dan Nursyafiqah Aina Abdul Wahab baru-baru ini berkongsi satu pencapaian penting apabila mereka melaburkan hampir RM2 juta bagi membangunkan sebuah aplikasi khas untuk ejen dan stokis yang terlibat dalam perusahaan mereka, Ainaa Beauty.
Perkara itu dikongsikan Hafiz atau nama sebenar Hafiz Harisuddin Mahamad menerusi story di Instagram miliknya yang memaklumkan, pembangunan aplikasi tersebut mengambil masa hampir setahun.
Menurut Hafiz, 32, aplikasi itu diwujudkan sepenuhnya dengan memfokuskan kepada keperluan dan cabaran sebenar yang dihadapi oleh ejen dan stokis.
BACA LAGI: [VIDEO] 'Ini bukan filter', Uorfi tahan sakit, bibir bengkak teruk lepas prosedur buang 'filler'
BACA LAGI: Azhar Sulaiman titip rasa syukur, 3 anak tamat belajar 'overseas', dah mula bekerja
Aplikasi ini dibangunkan khas bagi menyelesaikan pelbagai kekangan biasa dalam urusan harian ejen dan stokis. — Instagram/@hafizmahamad
“Saat ada yang dibuang oleh jenama luar, kami pula labur hampir RM2 juta untuk bangunkan aplikasi demi masa depan kerjaya seorang ejen dan stokis. Kali ini, kami buat sesuatu yang benar-benar berbeza,” katanya.
Menurut beliau, aplikasi tersebut menawarkan pelbagai ciri mesra pengguna yang dirangka khas untuk menyelesaikan pelbagai kekangan biasa dalam urusan harian ejen dan stokis.
Antara kelebihan dikongsikan termasuk ciri profil membolehkan pelanggan membaca maklum balas dan melihat jumlah unit dijual oleh ejen terlibat.
“Percayalah, hampir 50 masalah utama ejen akan dapat diselesaikan hanya melalui aplikasi ini. Kami benar-benar letakkan diri kami sebagai ejen semasa membangunkannya, bukan dari sudut ibu pejabat (HQ),” tambahnya.
Lebih menarik, Hafiz turut menegaskan bahawa akses kepada ciri-ciri itu ditawarkan secara percuma kepada semua ejen sah tanpa sebarang bayaran bulanan seperti kebanyakan platform lain.
Beliau turut memberi bayangan bahawa pelaburan seterusnya akan tertumpu kepada membangunkan aplikasi versi pelanggan pula dengan pengalaman membeli-belah yang lebih mesra ejen dan tidak lagi bergantung kepada platform pihak ketiga.
"Jika projek ini berhasil, saya akan buat pelaburan pada aplikasi khusus untuk pelanggan pula. Saya tak suka apabila pelanggan beli di luar platform kami kerana ia mengganggu margin ejen.
"Jadi, apabila versi untuk pelanggan siap nanti, ejen masih dapat margin yang baik dan pelanggan pula akan menikmati harga istimewa berbanding platform lain,” jelasnya.
Menurut Hafiz, keseluruhan pelan pembangunan sudah pun tersedia dan hanya menunggu masa untuk dimulakan.
Beliau dan Aina berharap inisiatif ini dapat memberikan kelebihan sebenar kepada individu yang menyertai perusahaan mereka. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram