Kenali 5 'beauty influencer' tempatan jadi rujukan untuk tip kecantikan, teknik solekan


  • Gaya
  • Rabu, 14 Mei 2025

Dari kiri: Sofea Ashra, Ameera Khan dan MUA Bella. - Instagram/@sofeashra @littlemisskhan @muabellaz

Jika anda seorang yang meminati dunia kecantikan, tidak lengkap rasanya jika tidak mengikuti beauty influencer tempatan yang aktif berkongsi ilmu dan tip berkaitan solekan serta penjagaan kulit.

Mereka ini bukan selebriti, pelakon atau penyanyi, tetapi berjaya mencipta nama melalui usaha sendiri, pengetahuan yang kukuh serta kandungan yang berkualiti dan menarik perhatian ramai.

BACA LAGI: Haruman berprestij harga mencecah ribu, apa sahaja demi membahagiakan insan bergelar ibu

BACA LAGI: Langsir 'outdoor' persis hotel terkemuka, 'auto-blind' beri privasi di ruang dapur

Jumlah pengikut mereka mencecah ratusan ribu hingga ada yang berjuta, jom kenali siapa yang anda perlu 'follow' untuk tip-tip kecantikan terkini. 

1. @sofeashra

Nama Sofea Ashra semakin dikenali dalam kalangan peminat mekap.

Dengan rupa paras yang manis dan teknik solekan yang flawless, kandungannya sering menjadi tular.

Tutorial yang dikongsi juga mudah diikuti—sangat sesuai untuk pemula.

Paling best, setiap ulasan produknya jujur dan meyakinkan.

Silap hari bulan, semua produk yang dia pakai pun kita rasa nak cuba!

2. @littlemisskhan

Little Miss Khan boleh dikatakan antara ikon beauty influencer tempatan.

Gaya penyampaian kandungannya bersih, classy dan sangat bergaya.

Jika anda gemarkan kandungan yang estetik dengan sentuhan mewah, LMK adalah pilihan tepat.

Dia juga rajin menyokong jenama tempatan dan antarabangsa.

 

3. @syafiqahaina

Syafiqah Aina bukan sahaja cantik, malah bijak dalam memberi pendidikan tentang penjagaan kulit kepada pengikutnya.

Beliau sering berkongsi rutin harian, ulasan produk dan tip penjagaan kulit secara ringkas dan mudah difahami.

Aura kandungan yang bersih dan tenang menjadikan setiap video atau hantaran beliau seronok untuk ditonton.

4. @muabellaz

Sebut sahaja nama MUA terkenal di Malaysia, pasti ramai mengenali MUA Bellaz.

Beliau bukan sahaja popular di TikTok dan Instagram, malah merupakan seorang usahawan berjaya dalam bidang kosmetik.

Bellaz terkenal dengan gaya solekan “full glam” dan bold—sangat sesuai untuk majlis perkahwinan, acara rasmi atau sebarang acara istimewa.

Tutorialnya pantas tetapi padat dengan informasi, dan sikap bersahajanya membuatkan ramai berasa selesa serta terhibur.

5. @dshazall

Dahlia Rizal semakin mendapat perhatian melalui kandungan berkaitan penjagaan kulit dan solekan yang penuh informasi.

Beliau sering menunjukkan perbandingan 'before and after selepas menggunakan sesuatu produk. Ini sangat membantu pengguna melihat kesan sebenar.

Dengan personaliti yang lembut dan kandungan yang mudah difahami, tidak hairanlah ramai yang selesa mengikutinya.

Beauty influencer tempatan hari ini bukan calang-calang orangnya.

Mereka bukan artis, tetapi pengaruh mereka sangat besar dalam industri kecantikan tanah air.

Jika anda ingin mempelajari teknik solekan, memahami dunia penjagaan kulit atau mencari ulasan produk yang telus, jangan ragu untuk mengikuti mereka ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram

Artikel Berkaitan: