'Saman tidak terpakai kalau curang di tempat awam, itu salah anda', bekas peguam ulas isu CEO kantoi skandal di konsert Coldplay


  • Maya
  • Sabtu, 19 Jul 2025

Menurut Reina, saman tidak terpakai jika perbuatan curang dilakukan di tempat awam.

KONTROVERSI melibatkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat teknologi data Astronomer, Andy Byron yang didakwa curang dengan Ketua Pegawai Sumber Manusia syarikatnya terus hangat diperkatakan selepas aksi mesra mereka tular di konsert Coldplay baru-baru ini.

Video berdurasi beberapa saat itu dirakam secara tidak sengaja menerusi paparan skrin gergasi atau jumbotron ketika persembahan kumpulan rock British itu yang memaparkan kedua-duanya berpelukanan cuba menutup wajah sebaik menyedari mereka edang dirakam.

Tindakan itu bukan sahaja menimbulkan spekulasi hubungan sulit, tetapi turut menjejaskan imej profesional mereka.

BACA LAGI: Impi hasilkan naskah epik baharu, Tiara Jacquelina bangga filem tempatan semakin berkualiti

BACA LAGI: Barang rosak, tak berguna mungkin pembawa tenaga negatif, buang 100 objek ini agar aura rumah terpelihara

 

Malah, laporan menyebut kedua-duanya sudah berkeluarga dan mempunyai anak.

Mengulas perkara itu, bekas peguam Reina Lum tampil memberikan konteks daripada sudut undang-undang, termasuk kemungkinan tindakan undang-undang jika situasi sama berlaku di Malaysia.

Menurut Reina, tindakan menyaman tidak terpakai jika rakaman dibuat di tempat awam kerana individu terlibat secara automatik memberi persetujuan untuk dirakam apabila menyertai acara terbuka seperti konsert.

"Kalau tiba-tiba muka anda terpapar dalam siaran langsung, anda dianggap memang sudah beri keizinan.

"Sama juga kalau anda berada di pasar malam yang mana ada individu sedang menjalankan siaran langsung ulasan makanan dan pasangan anda nampak menerusi siaran tersebut. Itu salah anda, bukan orang lain," tegasnya ketika berkongsi contoh senario.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak menjadikan ruang awam sebagai lokasi pertemuan sulit kerana risiko pendedahan sentiasa ada.

“Kesimpulannya, kalau anda nak pergi konsert dengan skandal anda, bersedialah untuk perkara seperti ini berlaku kepada anda juga,” katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram