Rizman Ruzaini rai 20 tahun lancar butik baharu 3 tingkat, jalin kerjasama, perluas pengaruh serantau


  • Gaya
  • Rabu, 16 Jul 2025

Tahun 2025 menyaksikan label Rizman Ruzaini yang diterajui oleh Ruzaini (kiri) dan Rizman melakar satu lagi pencapaian penting menerusi pembukaan butik baharu di Shangri-La, Kuala Lumpur.

JENAMA fesyen terkenal Malaysia, Rizman Ruzaini meraikan 20 tahun dalam industri couture melalui pelancaran bilik pameran utama baharu di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur yang dihadiri lebih 50 selebriti dan ratusan para pelanggan serta rakan niaga setia.

Pelancaran itu bukan sahaja menandakan perjalanan dua dekad label tersebut, malah turut menyaksikan pengumuman kerjasama strategik dengan Kumpulan Modinity dari Indonesia yang terkenal dengan jenama seperti Buttonscarves.

Kerjasama tersebut dijangka memperluas pengaruh Rizman Ruzaini ke seluruh rantau Asia Tenggara.

BACA LAGI: Abeer penerus legasi ibu, anak Sharifah Khasif johan Tilawah Al-Quran MQSS 2025

BACA LAGI: Dari mahkamah ke mesin jahit, bekas pegawai syariah kini pengasas AsyiQmuslim, tawar pakaian riadah multifungsi

“Selepas 20 tahun dalam industri fesyen, kami mahu menghasilkan sesuatu yang menghargai perjalanan kami dan pada masa sama membuka ruang untuk masa depan.

"Dengan Modinity, kami ingin membawa fesyen Asia Tenggara ke tahap lebih tinggi," kata pereka duo Rizman Ruzaini iaitu Rizman Nordin dan Ruzaini Jamil.

Bilik pameran tiga aras ini menawarkan pengalaman eksklusif merangkumi atelier wanita dan lelaki, salon couture pengantin serta suite VIP.

Sementara itu, pengasas Modinity juga pengasas Buttonscarves, Linda Anggrea menyifatkan kerjasama itu sebagai penyatuan kreativiti dua negara dan memperkukuh suara fesyen serantau yang lebih beridentiti.

Bilik pameran tiga aras itu menawarkan pengalaman eksklusif merangkumi atelier wanita dan lelaki, salon couture pengantin serta suite VIP.

Ruang dalaman direka menggunakan material mewah seperti marmar import dan dilengkapi sistem penyimpanan khas, sekali gus menekankan aspek kualiti serta layanan peribadi kepada setiap pelanggan.

Butik pertama Rizman Ruzaini di Shangri-La, Kuala Lumpur menawarkan pengalaman eksklusif dan mewah buat para pelanggan.

Cawangan baharu di Shangri-La itu merupakan yang pertama daripada beberapa lagi siri perancangan termasuk di Pavilion KL dan Suria KLCC, Kuala Lumpur; Dubai dan Jakarta, Indonesia.

Ia dibuka kepada umum dengan janji temu harian bermula pukul 10 pagi hingga 8 malam. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebookInstagramWhatsApp Channel dan Telegram