Isu penderaan fizikal, seksual, pengabaian kanak-kanak antara fokus, perjuangan Che Puan Khaleeda, ini fakta istimewa mengenai beliau


  • Sukses
  • Rabu, 16 Jul 2025

Che Puan Khaleeda menyambut ulang tahun kelahiran ke-32 pada 16 Julai tahun ini. — Facebook/Che' Puan Besar Khaleeda

YANG Amat Mulia Che Puan Mahkota Khaleeda Johor bukan sekadar figura diraja yang sentiasa tampil anggun dan bersederhana, malah terkenal sebagai tokoh yang prihatin terhadap kebajikan rakyat, khususnya golongan kanak-kanak.

Sempena ulang tahun kelahiran beliau yang ke-32, berikut adalah beberapa fakta menarik mengenai sumbangan, latar belakang dan peranan beliau dalam pelbagai bidang seperti dikongsikan menerusi hantaran akaun milik theroyaljohor:

BACA LAGI: Terik matahari lunturkan solekan? Kekalkan seri wajah dengan rangkaian produk ini

BACA LAGI: Keliru, tersalah letak barang antara simptom awal, individu usia 30-an pun boleh alami demensia

1. Anakanda bongsu daripada lima beradik

Che Puan Khaleeda dilahirkan pada 16 Julai 1993 di Hospital Besar Kuala Lumpur, Kuala Lumpur.

Beliau merupakan anak bongsu kepada pasangan Bustamam Daud dan Aziyah Abdul Aziz dan mempunyai empat orang adik-beradik lain, dua lelaki dan dua perempuan.

2. Perkahwinan diraja bersama Tunku Mahkota Johor

Pada 24 Oktober 2014, Che Puan Khaleeda sah bergelar suri kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Pasangan diraja ini dikurniakan empat cahaya mata sebagai pelengkap kehidupan. — Facebook/Che' Puan Besar Khaleeda

3. Dikurniakan empat cahaya mata

Pasangan diraja ini dikurniakan empat cahaya mata yang menjadi pelengkap kehidupan mereka.

Puteri sulung, YAM Tunku Khalsom Aminah Sofiah diputerikan pada 25 Jun 2016, diikuti oleh putera sulung, DYAM Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim yang dilahirkan pada 14 Oktober 2017.

Anak ketiga mereka, YAM Tunku Abu Bakar Ibrahim, diputerakan pada 17 Julai 2019, manakala puteri bongsu, YAM Tunku Zahrah Zarith Aziyah dilahirkan pada 21 April 2021.

4. Menerima anugerah dan darjah kebesaran Johor

Sebagai penghargaan terhadap sumbangan dan peranan aktifnya dalam pelbagai bidang kemasyarakatan, Che Puan Khaleeda dikurniakan dua darjah kebesaran negeri Johor, iaitu Darjah Pangkat Pertama Dato’ Sri Paduka Mahkota Johor (SPMJ) dan Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Pangkat Pertama (DK I).

5. Aktif dalam bidang pendidikan dan komuniti

Beliau memegang pelbagai jawatan penting termasuk:

  • Pro Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  • Penaung Diraja Persatuan Bola Jaring Negeri Johor
  • Penaung Diraja Persatuan Badminton Johor
  • Penaung Diraja Persatuan Cerebral Palsy Johor
  • Penaung Diraja Program Tindak Demi Anak Kita (Tindak)
  • Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) Cawangan Johor

Beliau sering dilihat menyantuni golongan kanak-kanak. — Facebook/Che' Puan Besar Khaleeda

6. Fokus terhadap perlindungan dan hak kanak-kanak

Che Puan Khaleeda giat memperjuangkan isu penderaan fizikal, seksual dan pengabaian kanak-kanak.

Beliau juga menyokong usaha kolaboratif antara agensi kebajikan, badan perundangan dan masyarakat demi memastikan setiap kanak-kanak menerima perlindungan sewajarnya.

7. Peneraju pelbagai inisiatif kebajikan

Antara program utama yang diperkenalkan oleh beliau ialah:

Program penarafan lima bintang untuk pusat asuhan kanak-kanak di Johor bagi meningkatkan mutu penjagaan dan keselamatan.

Penubuhan pasukan sokongan komuniti, bertujuan melatih masyarakat agar lebih cekap dalam menangani kes penderaan dan melindungi kanak-kanak. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram