Terik matahari lunturkan solekan? Kekalkan seri wajah dengan rangkaian produk ini


  • Gaya
  • Selasa, 15 Jul 2025

Cuaca panas memerlukan perhatian khusus terhadap penjagaan kulit termasuklah solekan. — Gambar hiasan/Freepik

CUACA Malaysia memang mencabar bagi wanita yang gemar bersolek. Rutin penjagaan diri memerlukan perhatian khusus dengan pemilihan produk yang sesuai dengan iklim tropika.

Suhu panas dan lembap serta aktiviti harian di luar menuntut penggunaan produk kecantikan yang bukan sahaja berkesan, tetapi juga selesa dan tahan lama.

Rutin kecantikan yang menyeluruh bukan sekadar tertumpu kepada penjagaan kulit, tetapi turut merangkumi solekan dan haruman yang serasi dengan gaya hidup aktif.

BACA LAGI: Mahu putuskan hubungan sebab tak serasi? Cara terbaik 'reject' si dia tanpa mengecilkan hati

BACA LAGI: [VIDEO] Hargai pengorbanan suami, isteri Aaron Aziz kongsi kisah penghijrahan sekeluarga ke Malaysia

Oleh itu, Majoriti senaraikan koleksi produk kecantikan yang merangkumi penjagaan dari pagi hingga malam, sesuai untuk wanita aktif yang mementingkan penampilan.

Berikut ialah cadangan produk mengikut urutan rutin kecantikan harian, bermula dengan perlindungan kulit, diikuti solekan, haruman dan pembersihan wajah.

Lindungi kulit daripada sinaran matahari

1. Shiseido Clear Suncare Stick SPF 50+ PA++++ (20g), RM104

Sunblock dalam bentuk stik ini sangat praktikal untuk kegunaan harian. Ia boleh disapu terus ke wajah, termasuk di atas solekan tanpa meninggalkan kesan berminyak atau berlapis.

Dengan teknologi SynchroShield, produk ini memberikan perlindungan tinggi terhadap sinar UV sambil melawan kesan peluh, air dan haba.

Selain itu, ekstrak botani yang terkandung di dalamnya membantu menghalang pencemaran dan tona kulit tidak sekata, menjadikannya ideal untuk digunakan di kawasan bandar mahupun ketika bercuti di pantai.

2. Tatcha The Silk Sunscreen SPF 50 (50ml), RM360

Krim pelindung matahari mineral ini dihasilkan dengan tekstur ringan yang diilhamkan daripada kelembutan sutera Jepun.

Kandungan niacinamide dan asid hyaluronic dalam formulanya membantu melembapkan kulit sambil memberi perlindungan sekata tanpa meninggalkan kesan putih.

Produk ini juga kalis air dan peluh, menjadikannya pilihan yang sangat sesuai untuk penggunaan sepanjang hari dalam cuaca panas atau semasa melancong ke negara yang sedang mengalami musim panas.

Rawat kulit ketika tidur

Elemis Pro-Collagen Overnight Matrix (RM980, 50ml) membantu memulihkan kulit yang terjejas akibat tekanan dan keletihan harian.

Diformulasikan dengan Teknologi Peptida Drone serta gabungan bahan aktif seperti Padina Pavonica, Chlorella dan Wild Indigo, ia membentuk matriks pelembap yang menyegarkan kulit dalam masa singkat.

Penggunaan konsisten terbukti secara klinikal mampu mengurangkan garis halus dan kedutan serta mengembalikan ketegangan kulit.

Ia merupakan pilihan mewah bagi wanita yang ingin bangun dengan kulit lebih licin, tegang dan berseri keesokan harinya.

Solekan mesra cuaca panas

Selain penjagaan kulit, pemilihan solekan yang sesuai turut memainkan peranan penting, terutama dalam iklim khatulistiwa.

Jika anda ingin melancong ke cuaca panas, Hourglass memperkenalkan tiga produk utama musim panas dalam saiz perjalanan yang memudahkan pengguna membawanya ke mana sahaja.

1. Vanish Airbrush Concealer (RM95)

Concealer ini menawarkan liputan penuh yang tidak mudah berkerak atau luntur walaupun dalam keadaan lembap.

Ia sesuai digunakan untuk menutup cela serta menyerikan kawasan bawah mata sepanjang hari.

2. Vanish Airbrush Pressed Powder (RM165)

Bedak ini membantu mengawal kilauan pada wajah, terutamanya pada waktu tengah hari.

Ia bebas talkum, tidak mengeringkan kulit dan memberikan kemasan ringan yang semula jadi.

3. Veil Soft Focus Setting Spray (RM230)

Semburan penetap solekan ini membantu mengekalkan solekan lebih lama dengan kemasan bercahaya.

Ia juga kalis air dan sesuai digunakan semasa di lapangan terbang, dalam perjalanan atau sebelum makan malam.

Sentuhan akhir dengan gincu dan haruman rambut

1. Hermès Rouge Brilliant Silky Lipstick Shine Limited-Edition (RM470)

Gincu ini bukan sekadar gincu, tetapi lambang gaya dan keanggunan.

Dihasilkan dalam 14 warna klasik serta tiga edisi terhad mengikut musim, gincu ini menawarkan formula hibrid yang meluncur lembut seperti sutera dan memberi kilauan serta kelembapan tinggi.

Reka bentuk hujung serongnya pula memudahkan aplikasi yang kemas dan tepat, sekali gus melengkapkan solekan dengan sentuhan mewah.

2. Hermes Barenia Perfumed Hair Mist (RM450, 30ml)

Untuk haruman ringan yang tahan lama, semburan rambut ini menawarkan aroma yang elegan dengan gabungan oakwood, bunga lili, patchouli dan miracle berry.

Botolnya diinspirasikan daripada gelang ikonik Collier de chien, menjadikannya mudah dibawa ketika bercuti atau aktiviti seharian.

Bersihkan solekan

Pembersih mata dua fasa, La Prairie Eye Makeup Remover (RM340, 100ml) diilhamkan daripada kejernihan air semula jadi Switzerland.

Ia mampu menanggalkan solekan tahan lama seperti maskara kalis air dan gincu tanpa menyebabkan iritasi.

Kandungan panthenol dan ekstrak bunga jagung pula memastikan kawasan mata kekal lembap dan selesa selepas setiap cucian.

Penampilan yang meyakinkan bermula dengan penjagaan kulit yang rapi, solekan tahan lama dan sentuhan haruman yang memikat.

Dengan pemilihan produk yang tepat dan berkualiti tinggi, wanita di Malaysia kini boleh kekal anggun serta selesa sepanjang hari meskipun dalam cuaca yang mencabar.

Rangkaian mewah yang disenaraikan ini bukan sekadar pelengkap gaya, malah satu pelaburan dalam rutin penjagaan diri harian yang lebih berkesan dan menyenangkan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram