
ADAKAH anda seorang yang mempunyai rutin penjagaan kulit yang tetap dan 'ketat'?
Walaupun ramai yang obses dengan rutin penjagaan kecantikan, pelakon, Deanna Yusoff tampil memberi pandangan baharu.
Tidak dinafikan, ramai golongan wanita berdepan dengan masalah kulit meskipun sudah berhabisan duit dan tenaga demi mencapai kulit idaman.
BACA LAGI: Terima gaji paling tinggi, pekerja hias kek bongkar rahsia strategi bisnes Walmart
BACA LAGI: 'Saya berdiri atas fakta, bukan fitnah', bekas jururawat dedah bahana kongsi risiko sibutramine
Kata Deanna, mungkin sudah tiba masa kaum wanita untuk mendengar apa yang kulit kita perlukan berbanding bergantung dengan produk yang dianggap sebagai 'rigid'.
Dalam satu perkongsian, pelakon berdarah campuran Malaysia dan Switzerland itu mendedahkan bahawa beliau pernah menjadi seseorang yang mempunyai rutin penjagaan kulit tetap.
Rutin penjagaan wajahnya lengkap selain kerap menjalani rawatan muka dan patuh pada setiap nasihat pakar.
Namun setiap kali, hasilnya tetap sama, kulit kering dan tidak puas.
Bertahun-tahun kemudian, setelah kembali menemui ahli kecantikan sama, Deanna akui terkejut selepas menerima pujian daripadanya.
"Mereka kata kulit saya bertambah baik," kongsinya.
Perubahan itu bukan kerana lebih banyak produk atau rawatan mahal, tetapi kerana beliau akhirnya mula percaya kepada nalurinya sendiri.
"Saya menyedari bahawa kulit saya tidak memerlukan lebih banyak kerja, Jadi, saya berhenti mengikuti rutin yang benar-benar ketat," ujar beliau.
Katanya lagi, jika kulit sentiasa bermasalah walaupun sudah berusaha sebaik untuk menjaganya, ia mungkin kerana individu itu sendiri tidak 'mendengar' keperluan kulit.
“Mungkin kulit anda bercakap dengan anda dan mungkin sudah tiba masanya untuk anda mula mendengar," katanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel danTelegram