
MERCEDES-BENZ Fashion Week Kuala Lumpur (MBFWKL) kembali untuk edisi ketujuh dengan barisan pereka yang menampilkan kepelbagaian rekaan fesyen kontemporari, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai platform utama dalam mempamerkan gabungan gaya hidup mewah dan inovasi kreatif.
Acara yang berlangsung selama tiga hari, bermula pada 13 sehingga 15 Jun di The Exchange TRX, Kuala Lumpur ini mengetengahkan tema 'The Icon' yang memberi tumpuan kepada gaya ikonik, kelestarian dan ketukangan dalam dunia fesyen dan automotif.
Naib Presiden Pemasaran dan Jualan Mercedes-Benz Cars Malaysia, Nadia Trimmel berkata, MBFWKL bukan sekadar pentas peragaan, tetapi juga platform untuk memperkenalkan inovasi jenama termasuk model elektrik G-Class terbaharu.
BACA LAGI: Suami tak perlu beri solusi, cukup jadi pendengar isteri meluah, kunci rumah tangga bahagia
Katanya, menjadi ikonik bermaksud terus berkembang dengan tujuan melalui reka bentuk yang berani dan lestari.
Sebanyak 16 pereka fesyen mengambil bahagian tahun ini, menampilkan rekaan tersendiri terhadap.
Antara yang mencuri tumpuan ialah Justin Yap, Dickson Lim, Celest Thoi, Ellie Lim dan Weihaoyong dengan koleksi yang mencerminkan evolusi gaya dan identiti masing-masing.
Menurut Nadia (tiga dari kiri), MBFWKL bukan sekadar pentas peragaan, tetapi juga platform untuk memperkenalkan inovasi jenama termasuk model elektrik G-Class terbaharu.
Nama-nama seperti Khoon Hooi, Unitedwood dan Douglas Chew pula hadir dengan rekaan yang memperlihatkan kreativiti serta cita rasa unik.
MBFWKL 2025 turut menjadi platform untuk mengetengahkan pereka baharu seperti Seth & Luna yang menampilkan rekaan berunsur budaya tempatan dan fungsi fesyen.
Manakala, pereka dari Jakarta, Indonesia, Temma Prasetio mempersembahkan gaya minimalis urban yang bersifat uniseks, manakala JNBY dan Seibu Kuala Lumpur membuat kemunculan pertama dengan koleksi ready-to-wear yang menggabungkan elemen gaya hidup dan fesyen mewah.
MBFWKL 2025 juga menandakan penutup kepada siri jelajah Mercedes-Benz dari 9 hingga 15 Jun yang mempamerkan warisan, inovasi dan barisan model terkini seperti Mercedes-AMG, seiring dengan komitmen jenama terhadap gaya dan prestasi. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram